Select Page
  • 914
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    914
    Shares

Pasangan pemuzik terkenal, Melly Goeslow dan suaminya, Anto Head tidak hanya dikenali di Indonesia sahaja sebaliknya populariti mereka turut merebak ke beberapa negara jiran terutamanya di Malaysia.

Lagu ciptaan mereka sering sahaja mendapat sambutan hangat peminat.Terutamanya runut bunyi untuk filem,pasti menjadi siulan setiap orang.

 

Pada tahun 1995, Melly telah berkahwin dengan Anto Hoed. Dari hasil pernikahannya, mereka kini dikurnia dua orang putera, yang dinamakan dengan nama yang sangat unik.

Anak pertama mereka diberi nama Anakku Lelaki Hoed (Ale) yang lahir pada 22 Agustus 2000, dan anak kedua mereka diberi nama Pria Bernama Hoed (Abe) yang lahir 9 Mei 2003.

Namun,pastinya ada peminat di Malaysia yang tidak mengetahui aktiviti Melly sekeluarga setiap kali tibanya hari lebaran.

“Seperti mana kebiasaaan kami sekeluarga akan membersihkan rumah untuk menyambut lebaran.Bukan tidak ada pembantu tetapi selalunya pembantu sudah pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga sendiri.Oleh kerana keadaan rumah yang luas,saya dan suami membahagikan ruang mana yang perlu dibersihkan.

 

“Jika bercakap tentang makanan kegemaran pula,saya lebih suka memilih makan yang tidak bersantan seperti ikan asin dan sayur asam sebagai juadah pilihan aidilfitri. Saya kurang menggemari makan bersantan seperti apor atau semur kerana cepat pening,” jelas Melly lagi.

Dalam kesibukan karier bidang seni, Melly juga tidak ketinggalan meluaskan idea kreatifnya dengan menceburi bidang fesyen menerusi jenama sendiri yang dinamakan, Aleabe Collection. Jenama ini disasarkan kepada individu yang berani tampil berbeza berbanding jenama lain.

Sesuai dengan penampilan melly yang menutup aurat, Aleabe Collection menampilkan rekaan yang tidak menonjolkan bentuk badan pemakai. Malah, jenama ini banyak menampilkan kaftan yang menggunakan material menarik selain kurta yang boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan.

Dalam masa sama, Melly mengakui tidak mengambil pusing komen negatif dan kritikan yang mempertikaikan fesyen pakaiannya serta hijab yang sering dianggap pelik.

 

Sumber : Media Hiburan Julai 2016

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "