Minggu lepas pelakon cantik, Mawar Rashid telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Raf Yaakob.

Majlis nikah mereka telah berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ahli keluarga, teman-teman rapat serta media jemputan.

Mawar dan Raf Honeymoon Di Manchester?

Tidak dinafikan, pernikahan mereka berdua mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial.

IKLAN

Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana destinasi honeymoon yang bakal mereka berdua pergi bukan?

Melalui sidang media yang berlangsung sebaik sahaja majlis pernikahan itu selesai, Raf memberitahu kami yang mereka berdua akan ke England atas urusan kerja dan mengambil kesempatan untuk berbulan madu di sana.

IKLAN

“Baru seminggu lepas (sebelum bernikah) saya diberitahu oleh pihak Manchester United yang saya dipanggil untuk menghadiri majlis makan malam bersama pemain bola sepak kelab itu bersama pihak pengurusan.

 

“So saya cakap dengan dia, i just got married that week so can I bring my wife dan dia kata, sure.

 

“Alang-alang tu since kita pun ada gab lebih kurang tiga minggu lebih sebelum bulan 12 untuk majlis resepsi, so saya cakap dengan Mawar, alang-alang abang ada kerja dekat Manchester why not you join me. It’s like a work plus honeymoon,” kata Raf kepada MH ketika ditemui selepas majlis pernikahan mereka.

Wah seronoknya Mawar dan Raf dapat ke sana. Bukan hanya berpeluang honeymoon di Machaster malah mereka berdua juga dapat
jumpa dengan pemain-pemain bola sepak Manchester United.

Mawar dan Raf Honeymoon Di Manchester?

IKLAN

Kata Raf lagi, dia ingin memberi peluang kepada Mawar untuk bertemu dengan pemain-pemain kesukaannya.

“I pun nak bagi Mawar peluang untuk jumpa player-player yang I suka dan dia pun sejak kenal saya, dia minat bola sepak. Dah mula sebut nama Lukaku Lukamu,” katanya lagi sambil berseloroh.

Mawar dan Raf sudah pun berangkat ke Manchester, England pada Ahad lepas dan MH doakan agar kedua pasangan ini selamat di sana dan jangan lupa belanja gambar banyak-banyak di Instagtram okay!

Sumber gambar: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI