Kelibat pelakon jelita, Datin Maria Farida semakin jarang menghiasi kaca televisyen selepas drama bersiri popular lakonannya, Lara Aishah tamat sekitar Januari lalu.

Mengakui mengambil keputusan berehat, selebriti berusia 48 tahun ini bagaimanapun tidak bercadang memperlahankan kerjaya seninya itu.

“Bukan sengaja saya mahu perlahankan kerja, cuma saya mahu berehat sekejap.

 

“Lagipun, saya benar-benar sibuk bekerja selepas berkahwin.
“Malah, hampir setahun juga saya sibuk dengan penggambaran drama Lara Aishah.

 

“Jadi, saya merancang berehat selepas drama itu tamat hanya untuk memberi fokus pada suami dan anak-anak,” katanya pada Media Hiburan ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Royal Chulan.

Maria kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Rahman Shakur, 62, pada 26 November 2015.

Maria Farida Jaga Hati Mertua

Terdahulu, pelakon filem Datin Ghairah ini sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 20 tahun hasil perkahwinan pertamanya.

IKLAN

Pun begitu, bintang filem Mamak Cupcake ini mengakui akan kembali aktif berlakon selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Saya akan aktif bekerja selepas saya bercuti panjang.

 

“Ketika itu, saya akan lebih segar dan bersedia bekerja,” katanya.

Bahkan, katanya, status sebagai isteri orang juga menyebabkannya lebih teliti dalam memilih sesuatu watak meskipun suaminya tidak pernah melarang atau mengongkong.

Katanya, semua itu dilakukan demi menjaga hati ibu mertuanya yang gemar menonton hampir semua drama lakonannya.

IKLAN

“Sekarang ini saya tak boleh main ambil apa saja watak terutama karakter terlalu seksi atau menggoda.

 

“Saya perlu tapis dan tak boleh sesuka hati terima watak ditawarkan

 

“Sebenarnya, suami saya cukup sporting dan dia juga tak pernah cakap apa-apa. Tapi saya rasa kena jaga hati mertua kerana mereka selalu juga tengok drama lakonan saya,” katanya sambil tertawa.

Semakin bahagia

Dalam pada itu, Maria bersyukur apabila kehidupannya semakin bahagia selepas isu rumah tangganya menjadi kontroversi sekali gus mendapat perhatian ramai.

IKLAN

“Now, life is very good.

 

“Saya dan suami sememangnya bahagia apatah lagi anak-anak selalu ada bersama kami,” katanya.

Malah, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu juga mahu melupakan segala kontroversi terdahulu sekali gus memulakan kehidupan baru.

“Kami sendiri dah mula buka buku baru, dah move on dan benda (kontroversi) ini pun dah lama berlaku. Dekat dua tahun lalu.

 

“Kalau ada yang masih mahu mengungkit mengenai perkara itu dan masih tak boleh move on, that’s nothing I can do,” katanya.

Sebelum ini, Maria mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mohamed Mokhtar dan anak perempuannya, Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff atas dakwaan memfitnah dan mengganggu kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, Hadijah dan Nur Shazleen turut membuat saman balas terhadap Maria sebanyak RM5 juta kerana mendakwa pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI