Apa khabarnya agaknya penyanyi Azhar Osman ya? Lama tak dengar khabar berita. Sekarang ini yang makin rancak naik adalah bekas pasangan duonya, Hael Husaini.

Terdahulu, peminat pasangan duo ini terpaksa menerima hakikat apabila Hael umum undur diri daripada Azhael awal tahun lalu. Sejak itu, dia bergerak solo dan muncul dengan beberapa single.

Ekoran pengunduran Hael, ada ‘cakap-cakap’ mengatakan bahawa ada perselisihan faham antara kedua-dua rakan baik itu.

IKLAN

“Mana Ada Gaduh, Masih Sahabat Baik” – Penjelasan Azhar Mengenai Hubungannya Dengan Hael

Bagaimanapun, MH difahamkan Azhar baru-baru ini mengakui rindu untuk berkongsi pentas dengan Hael sekaligus menepis tanggapan orang ramai bahawa mereka ini tidak ‘sebulu’.

IKLAN

“Saya tak bergaduh pun dengan Hael. Hubungan kami sebagai sahabat masih baik. Saya akui, rasa rindu untuk berkongsi pentas dengan Hael itu ada.

“Tetapi untuk kami sama-sama bergabung sebagai Azhael untuk membuat projek baru, saya rasakan perkara itu tak mungkin terjadi buat masa sekarang sebab masing-masing sibuk dengan projek solo,” katanya kepada Awani. 

Namun, dia tidak menolak sekirannya akan ‘bersatu’ kembali sebagai Azhael sekiranya menerima tawaran.

“Namun begitu, saya tak menolak sebarang peluang untuk bekerjasama dengan Hael di masa akan datang. Saya juga terima sekiranya kami mendapat tawaran untuk bergabung melakukan persembahan pentas.

“Lagu Azhael seperti Hujung Waktu dan Mencinta juga masih mendapat permintaan peminat. Semuanya boleh dipertimbangkan jika kena dengan masa dan keadaan,” jelasnya

Dalam pada itu, Azhar turut menerima dengan hati terbuka sekiranya dia diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael.

IKLAN

“Sebagai seorang komposer, dia memang berbakat. Bakatnya itu sudah lama saya nampak cuma masa itu dia masih tidak yakin untuk gubah lagu untuk Azhael.

“Sekiranya ada peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael, apa salahnya? Saya pasti akan berbangga menyanyikan lagu nukilan sahabat sendiri,” katanya lagi.

 

sumber: Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI