Select Page
  • 1.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.8K
    Shares

“Saya membesar di Malaysia dan selalu ada perasaan kurang keyakinan dengan warna kulit kerana saya miliki wajah yang gelap (kerana aktif bersukan)”

Itulah antara kata-kata penyanyi hebat yang telah mencipta satu fenomena hebat melalui lagu-lagu indienya.

Siapa yang tidak kenal dengan penampilan Yuna, orangnya sangat yakin dan bersahaja mengikut peredaran masa.

Namun siapa sangka dalam kehebatannya mencipta nama di negara orang, sebenarnya Yuan ada simpan kisah paling sukar dilupakan apabila pernah ‘ditolak’ kerana warna kulit yang agak gelap.

Drinking more water over at @tonaljournal // Congrats @zarna for this amazing magazine celebrating women of colour. I grew up in Malaysia always feeling self conscious about my skin coz I was a lil on the darker side (I played sports in the sun!) girls around me just wanted to have fairer skin and did all they could to have fairer skin. Even in my early years back in KL in the entertainment industry, appearing in magazines people would say ‘she’s not fair skin enough to be an artist!’ I’ve to admit, I even believed them and even stayed out of the sun, so I don’t get too dark 🙄 seriously!! I know better now, proud of my tan-sawo matang skin, hope all the girls out there are proud of the colour of their skin too, every skin tone is beautiful💋

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

“Gadis dikeliling saya bersungguh-sungguh untuk miliki kulit yang cerah, mereka sanggup buat apa sahaja.

 

 

“Sewaktu awal kemunculan saya dalam industri juga begitu, sewaktu menjadi ‘cover’ ada yang berkata saya tidak cukup cerah untuk menjadi seorang artis. Saya mengaku, saya percaya dengan setiap kata-kata mereka dan elakkan diri daripada berjemur kerana takut gelap.

 

“Sekarang saya sedar, saya banga dengan kulit sawo-matang yang dimiliki, harap semua gadis di luar sana juga bangga dengan warna kulit masing-masing kerana setiap warna kulit itu indah!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Fuh bangga betul MH dengan kata-kata Yuna, memang benar. Minda kita terlalu biasa dengan stereotype putih itu cantik, gelap itu tidak. Tetapi kita lupa tidak kira apa sahaja warna kulit jika ada keyakinan dan cintakan pada diri sendiri ia akan tetap nampak cantik, betul tak?

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: