Minggu lalu penyanyi yang popular dengan lagu Demi Cinta, Ezad Lazim telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di Singapura selepas mengalami muntah berdarah.

Menurut isteri kepada Ezad, Nor Azeana Ramli, Ezad mengalami muntah-muntah selepas selesai mengadakan latihan nyanyian di hari kedua di sana.

Pada 6 Julai lalu, dengan bantuan kawan di Singapura, Ezad telah dibawa pulang ke Johor Bahru dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur.

Azeana berkata lagi, buat masa ini Ezad perlu dijaga dengan rapi dan pemakanannya juga harus dijaga.

‘Makan Satu Suap Pun Akan Muntah Balik’ – Isteri Ezad Lazim

IKLAN

Selain daripada harus menjaga pemakanan, Ezad juga perlu mengambil ubat dengan berdisiplin, tidak boleh stress dan juga penat kerana ianya boleh menyebabkan Ezad diserang ‘panic attack’.

Isteri Ezad juga memberitahu bahawa suaminya menghidap penyakit Gastro Esophagel Refluks Desease (GERD). Menurutnya sebelum ini Ezad hanya mengalami muntah biasa tapi kali ini dia muntah sehingga berdarah.

IKLAN

Pelbagai cara rawatan telah dicuba untuk menyembuhkan penyakit Ezad namun Azeana berkata keadaan kesihatan Ezad masih lagi sama.

“Dah macam-macam hospital dan kampung Zeana bawa Ezad tapi keadaan kesihatannya masih lagi sama tiada perubahan,” beritahu isterinya.

Menurut Azeana lagi, dengan hanya memakan sesuap makanan sahaja pun sudah membuatkan Ezad muntah kembali.

IKLAN

‘Makan Satu Suap Pun Akan Muntah Balik’ – Isteri Ezad Lazim

“Kalau makan satu suap pun dia akan muntah balik sebab asid dalam badan.

 

“Untuk kembali stabil memang ambil masa, jadi kena ada orang untuk memantau pemakanannya,” jelas Azeana.

Azeana juga berkata dia sudah mengikuti Whatsapp group dan Facebook group penyakit (GERD) ini untuk mendapatkan info penjagaan.

“Sekarang dah ada Whatsapp group dan Facebook group (GERD), mereka akan kongsi info macam mana nak jaga Ezad,” katanya lagi.

Disebabkan keadaan kesihatan Ezad kurang memuaskan buat masa ini, isterinya memberitahu bahawa klip video lagu baru Ezad yang bertajuk Kuasa Cinta terpaksa ditunda buat seketika.

Kami di MH Online bersimpati dengan keadaan kesihatan yang menimpa Ezad dan kami berdoa agar kesihatan Ezad segera pulih seperti sediakala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI