Nama watak yang dipikul oleh pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima, Mak Cun tidak asing lagi buat semua rakyat Malaysia. Selain mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air, Mak Cun juga berjaya menembusi pasaran secara di atas talian bagi memberi peluang kepada usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS).

Sungguh pun disanjung dan dikagumi dengan kehebatan yang melimpah terhadap drama bersiri ini, namun baru-baru ini dalam sebuat program “Raya Sakan Mak Cun” yang telah ditayangkan pada 24 Jun lalu telah mendapat kritikan hebat oleh para netizen terutamanya yang berasal dari utara.

Nampaknya ramai yang tidak selesa dan menganggap Mak Cun menggunakan loghat utara yang keterlaluan hingga menyebabkan ramai di antara mereka rasa menjengkelkan.

Ada juga yang berganggapan ia sebahagian daripada mempermainkan loghat dan penggunaan bahasa warga utara.

IKLAN

Pekara ini telah menyebabkan ramai warga utara meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap tindakan pengarah ini terlalu dibuat-buat.

Mak Cun Dihentam Netizen Kerana ‘Over’? Mak Cun Dihentam Netizen Kerana ‘Over’?

IKLAN

Susulan kontroversi ini, Erma Fatima telah tampil dan memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati.

Menerusi sebuah temu bual bersama Mstar, Erma yang meminta penonton memaafkan kesilapannya memohon agar masyarakat tidak memanding-bandingkan dirinya dengan Farid Kamil yang sememangnya asal daripada negeri tersebut.

IKLAN

“Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu. Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa yang sangat lama. Janganlah dibandingkan saya dengan Farid kerana dia memang berasal dari Kedah” Katanya. 

Dalam masa yang sama juga, Erma sempat berkongsi rasa kecewanya apabila ada pihak yang sanggup bertindak kasar untuk ‘menampar’ dirinya.

“Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukanlah dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster. Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul. Inilah yang membuatkan ramai generasi baru kita membesar menjadi pembuli.

“Walaupun mengecam program itu, tetapi mereka tetap menontonnya dan itu lebih penting. Bukan senang nak buat orang menonton sesuatu program dari awal hingga akhir, tidak kiralah dalam keadaan benci atau suka.” Jelasnya.

Sungguh pun terkesan dengan apa yang terjadi, dirinya menganggap apa yang penting adalah kesetiaan penonton yang sentiasa mengikut perkembangan drama ini dari mula sehingga habis tayangan.

 

Sumber : Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI