Rakaman video hebat seorang wanita cantik berusia 31 tahun menunjukkan kemahiran bermain violin secara luar biasa itu menarik perhatian umum.

Video itu dirakamkan dan dimuat naik ke laman facebook miliknya, menunjukkan pemain berbakat itu bermain violin sebuah lagu Aisyah dari Projector Band, dan ia kedengaran sangat merdu.

Berasal dari Malim Nawar, Perak, wanita yang mempunyai tiga orang anak ini sudah mula bermain viola ketika berusia 10 tahun lagi dan kini mengajar kelas khas piano dan violin di rumahnya.

Selain di facebook, wanita berbakat itu sering mempersembahkan bakatnya melalui YouTube dan Instagram. Video yang dimuatnaik akan disinggahi oleh beribu-ribu orang lebih-lebih lagi persembahan ”Aisyah” menjadi viral selepas beberapa buah media berkongsi videonya.

IKLAN

Wanita yang dikenali dengan nama Endang Hyder menjadi viral disebabkan tarikan video cover yang dibuatnya itu. Selain mahir bermain violin, dia juga mahir bermain erhu dan piano.

Dalam pada itu, Endang yang memang berasal daripada keluarga pemuzik memang meletakkan jangkaan tinggi terhadap bidang ini dan berharap ke peringkat yang lebih tinggi.

IKLAN

Selain itu, Endang yang suka berkongsi hiburan bermanfaat dan ingin menjadi lebih bagus dalam persembahan violin dan berharap anak muda zaman kini ada motivasi untuk menceburi bidang muzik dan meluaskan persaingan dalam menjadi solo performer (instrumental).

Sehingga kini post tersebut telah menerima sebanyak lebih sembilan ribu shares dan lebih 12 ribu komen dan sebanyak 297 ribu views. Macam-macam pendapat yang diutarakan netizen meluahkan pendapat, ada juga yang meminta supaya membuat cover lagu yang lain.

IKLAN

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI