Menjadi antara top 15 video paling trending di YouTube menerusi single pertamanya, Put The World In yang turut menampilkan DJ Kash dan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston, Kilafairy menyambut baik maklum balas peminat. Katanya kepada MH, dia berterima kasih kerana belum pun seminggu ia dimuat naik, bilangan tontonan sudah pun menghampiri kepada 300,000 tontonan.

“Sudah tentu saya rasa berterima kasih dan gembira. Tak sangka dengan sambutan positif yang diberikan dan di sini saya juga mahu rakamkan rasa penghargaan dan bangga dengan semua pihak yang mampu merealisasikan single ini, dari proses rakaman hinggalah kepada penghasilan muzik video,” katanya kepada MH.

“Macam J.Lo? Lambat Lagi! Dia Hot Sangatlah.” – Kata Kilafairy Bila Disamakan Dengan Diva Seksi Dalam V.Klip

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini juga sedia maklum bahawa dalam ramai yang suka, pasti akan ada segelintir peminat yang seakan pesimis dengan single berkenaan. Ada yang mengakui penampilan Kila agak mencolok mata dan tidak kurang yang berpandangan bahawa muzik video berkenaan hanya layak disamakan dengan muzik video lirik sahaja.

IKLAN

Menjawab pandangan netizen, Kila bersama pihak pengurusan sudah cuba memberikan yang terbaik terhadap penghasilan muzik video tersebut, dengan tempoh masa yang ditetapkan.

“Macam J.Lo? Lambat Lagi! Dia Hot Sangatlah.” – Kata Kilafairy Bila Disamakan Dengan Diva Seksi Dalam V.Klip

IKLAN

“Kami sudah cuba berikan yang terbaik sebab bukan senang untuk mendapatkan masa Sean juga. Malah lokasi agak terhad dan kami perlu lakukan dua sesi penggambaran berbeza. Jadi kami cuba yang sehabis baik selain menetapkan konsep muzik videeo yang tidak nampak terlalu ketara ia dilakukan dalam beberapa lokasi dan masa berlainan apabila ia digabungkan.

 

“Soal seksi, itu terpulang pada penerima peminat dan bagi saya, seksi itu subjektif. Ada juga yang komen macam J.Lo. Macam J.Lo? Lambat lagi. Dia hot sangatlah. Dulu masa terjun dalam seni, ada yang kata macam Angelina Jolie, Kylie Jenner dan sekarang J.Lo pula. Saya tidak kisah dengan peminat untuk samakan saya. 

 

“Cuma lebih selesa orang kenal saya sebagai Kilafairy. Apa pun, saya anggap itu sebagai pujian, terima kasih sebab itu pendapat orang,” jelas Kila yang turut berterima kasih pada rakan selebriti yang sudi bekerjasama untuk tampil dalam muzik video tersebut.

Akuinya, mereka saling sokong kerjaya masing-masing dan dia bersama DJ Kash ada bertanya sama ada mereka berminat untuk join dalam muzik video berkenaan.

IKLAN

“Macam J.Lo? Lambat Lagi! Dia Hot Sangatlah.” – Kata Kilafairy Bila Disamakan Dengan Diva Seksi Dalam V.Klip

“Syukurlah, semuanya menunjukkan minat. Mereka pun punya nama besar dan pastinya kami teruja,” kongai Kila yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Nafas yang bakal disiarkan di NTV7 tidak lama lagi.

 

“Selain saya, Nafas yang mempunyai 24 episod turut dilakonkan oleh Nadia Brian, Christina Suzane dan ramai lagi. InsyaAllah selepas ini saya turut terlibat dalam beberapa projek drama lain selain bakal merakamkan single kedua sebelum raya nanti,” akhiri Kila.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI