Susulan daripada sidang media yang berlangsung petang semalam, Bella Astillah, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkata dia telah pun memaafkan kesalahan suaminya itu yang keluar bersama perempuan lain selepas selesai penggambaran di Kuala Lumpur.

Maafkan Pihak Ketiga, Apa Kata Bella?

Namun apabila ditanya adakah dia memaafkan pihak ketiga? Bella enggan memberi sebarang komen dan kata putus. Sebaliknya, dia hanya meminta agar pihak tersebut menjauhkan diri daripada mengganggu keluarganya.

IKLAN

“Kita semua manusia, kalau saya cakap saya memaafkan tetapi hati saya tidak memaafkan itu pun tidak baik juga. Jadi saya tidak boleh kata apa-apa tentang ini. Biarlah masa merawat luka saya,” jelasnya sambil tersenyum.

Malah dia juga menjawab lebih selesa untuk berdiam diri dan tiada masalah jika tidak bertegur dengan ‘orang ketiga’ itu sampai bila-bila kerana ingin serahkan semuanya pada takdir.

“Saya faham suami saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, tetapi bagi saya pula setelah apa terjadi bukan kata nak mohon maaf dan kawan balik, itu tidak. Pada saya biar kita senyap begitu sahaja. Kalau nak kata jangan bermusuh tu, orang senang sahaja cakap tetapi hati kita yang terluka sebagai perempuan memang susah.

“Saya berdiam tetapi orang tak tahu apa yang saya lalui, jadi bagi saya bermusuh atau tidak itu kemudian hari. Bukan nak kata saya tidak mahu bermusuh atau apa, orang pun tidak boleh kata saya sudah maafkan, kerana kita manusia biasa. Maknanya kalau saya tidak bertegur dengan pihak itu sampai bila-bila pun tak apa dan saya harap agar pihak tersebut jauhkan diri daripada kami,” jelasnya lagi.

Maafkan Pihak Ketiga, Apa Kata Bella?

IKLAN

Apabila ditanya, adakah kejadian ini akan menyebabkan dia semakin meragui suaminya? Bella tergelak sambil menjawab…

“Pasal meragui ini memang tiada komen, sebab saya rasa kalau saya meragui atau ikut Aliff 24 jam sekalipun kalau benda nak jadi dia akan tetap jadi.

 

“Jadi saya serahkan semua ini pada Aliff sendiri, kerana dia bukan budak kecil. Saya harap apa yang terjadi membuka mata dan hatinya kerana walaupun berapa lama sekali pun kita menyembunyikan, kalau Allah nak tunjuk, dia akan tunjuk,” jawabnya lagi.

Maafkan Pihak Ketiga, Apa Kata Bella?

IKLAN

Dalam masa yang sama, Bella juga sempat berkongsi rasa terkilannya terhadap ‘rakan’ kepada seorang individu dalam team produksi suaminya berkerja yang menguggut untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia tentang perangai sebenar Bella Astillah sedangkan Bella langsung tidak mengenali individuterbabit.

“Dia kata ingin mengeluarkan perangai sebenar Bella Astillah, di situ saya sudah sangat terkejut kerana orang itu tidak rapat, tidak kenal, hanya bercakap sekali dan sejak hari ketiga sayalangsung tidak pernah ikut Aliff,” jelasnya.

Apabila ditanya apakah tujuan utama laporan polis dibuat, Bella memaklumkan dia terlalu terkejut.

“Tujuan saya bukanlah mahu menghukum Aliff sebenarnya. Seperti yang saya katakan, saya terlalu terkejut kerana ini pertama kali berlaku. Jadi saya bertindak melulu untuk membuat laporan dan lagi satu kerana orang ketiga,” terang Bella.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI