Nampaknya, berita mengenai pernikahan pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura menjadi bualan ramai, meski berita tersebut belum dapat dipastikan kesasihannya. Bagaimanapun, selebriti yang diberi jolokan sebagai ‘Fattzura’ ini dikatakan bakal membuat pengumuman khas dalam tempoh terdekat.

Cuba lupakan seketika mengenai isu tersebut kerana setakat ini, masih tiada sebarang penjelasan keluar dari mulut mereka berdua.

Terdahulu, MH dijemput secara esklusif untuk mendengar playlist lagu-lagu yang terkandung menerusi album sulung Fazura awal bulan lalu. Boleh dikatakan, Fazura sememangnya mempunyai visi tersendiri dalam kerjaya nyanyian yang baru diceburinya sejak dua tahun lalu. Meski lebih dikenali di dalam bidang lakonan menerusi deretan filem dan drama yang masih melekat dalam diri peminat, aktres tersebut bagaimanapun mengakui, nyanyian adalah satu cabang seni yang diminatinya sejak dulu.

IKLAN

Lupakan Kejap Fasal Fattzura Nikah, Ketahuilah Bahawa Fazura Baru Lancar Album Solo

IKLAN

 “Memanglah setiap filem atau drama yang saya buat merupakan sebuah masterpiece yang cukup istimewa dalam hidup. Masih ramai yang masih ingat dengan Gol & Gincu, Pisau Cukur dan sebagainya. Rasa happy bila peminat masih tahu dengan filem tersebut meski ia sudah lama ditayangkan.

 

“Bagaimanapun, bila lahirnya album sulung ini, saya anggap ini sebagai suatu hadiah teristimewa daripada saya untuk para peminat. Kalau dulu saya hanya lancar single sahaja tetapi kini siapa sangka, akhirnya saya sudah ada album sendiri. Alhamdulillah, proses rakaman album ini juga dipermudahkan. Rasa teruja dan gementar untuk melihat sejauhmana penerimaan pencinta muzik kita,” kata Fazura jujur.

Menyifatkan album yang berjudul Fazura itu sebagai sebuah projek eksklusif bersama barisan komposer ternama dari Malaysia dan Indonesia, aktres ini juga mengakui album tersebut sepatutnya dilancarkan September lalu. Namun, tarikh tersebut terpaksa dianjakkan ke bulan November atas kekakangan masa dan komitmenya terhadap lakonan dan urusan lain.

IKLAN

“Memang agak rushing jugalah sebab jadual saya kebelakangan ini agak padat. Selesai saja penggambaran, saya terpaksa rakam lagu pada sebelah malamnya pula. Apa pun syukur kerana semuanya berjalan seperti dirancang dan dipermudahkan, Alhamdulillah,” jelas Fazura yang turut terharu atas dorongan yang diterimanya daripada barisan komposer yang terlibat secara langsung di dalam pembikinan album sulungnya itu.

Siapa yang sudah mendapatkan album sulung Fazura? Kalau sudah, apa pandangan korang mengenai barisan lagu-lagunya?

https://www.youtube.com/watch?v=Ds1K9iMRQNo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI