Selepas lagu Datuk Aliff Syukri yang turut menampilkan Sajat mula meraih perhatian, ada netizen yang menganggap lagu I Am Me dari Dato Seri Vida (DSV) kekal menjadi lagu nyanyian pengasas kecantikan yang memenuhi cita rasa.

Bagaimanapun, tidak kurang yang turut memberi reaksi positif terhadap single sulung pengasas d’Herbs itu. Tapi MH percaya, Aliff pasti punya strategi sendiri untuk meletakkan single tersebut pada tahap sepatutnya, sama seperti lagu rakan baiknya, I Am Me itu yang pernah jadi viral kerana lima kisah di bawah…

‘Buat kecoh’ di Pavilion

Terdahulu, muzik video yang dilancarkan di Red Box Plus, Pavilion itu kecoh dengan aksi spontan DSV yang melakukan gimik pelancaran dengan memarkir kereta Lamborgini miliknya di lobi pusat membeli-belah berkenaan, lengkap mengenakan pijama merah jambu sambil menjinjit beg tangan mewah. Menurut pengasas kecantikan ini, dia sengaja mengambil inspirasi memakai baju tidur sebagai simbolik kepada ‘mimpi menjadi nyata’ yang bukan hanya berangan semata-mata, tetapi impian tersebut perlu disusuli dengan usaha berpanjangan.

Kos sekitar RM1 juta

IKLAN

Ditanya mengenai kos keseluruhan muzik video berkenaan, selebriti asal Machang, Kelantan itu mengakui sanggup melabur sekitar RM1 juta bagi memenuhi impiannya melahirkan muzik video sarat elemen glamor dan mewah. Bagaimanapun, menurutnya, kos tersebut mencecah tujuh angka selepas dicampur dengan barangan kemas, persalinan dan kostum yang dibelinya bersama kos produksi pembikinan muzik video berkenaan.

Ambil inspirasi Katy Perry, tak tiru Taylor Swift

MH difahamkan, DSV mengambil inspirasi beberapa muzik video daripada penyanyi antarabangsa sebagai rujukan di dalam pembikinan muzik video I Am Me. Antaranya ialah muzik video penyanyi pop, Katy Perry yang disifatkan DSV sebagai antara muzik video tercantik kerana dilatari dengan warna-warna ceria. Pun demikian, DSV nafi apabila babak menyanyi di dalam tab mandi sebagai menciplak idea muzik video Taylor Swift, Look What You Made Me Do. Katanya, idea tersebut sudah diterjemahkan awal sebelum mengetahui penyanyi berkenaan turut menampilkan adegan lebih kurang sama.

IKLAN

Sasar pasaran antarabangsa

DSV yang dikenali sebagai individu bercita-cita tinggi mengakui, dia meletakkan harapan besar terhadap single pertamanya ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa, khasnya dari negara serantau dan negara Arab. Kongsinya, setakat ini dia menerima reaksi positif terhadap muzik video lirik I Am Me di kalangan peminatnya dari negara berkenaan.

IKLAN

Idea bulu ayam kerana frasa ‘ayamee’

Difahamkan, DSV mengambil masa lebih tiga minggu mencari ilham dan idea sebagai latar utama di dalam muzik video lagu tersebut. Katanya, dia turut berdoa dan akhirnya mendapat idea apabila frasa ‘I Am Me’ sering diparodikan sebagai ‘ayamee’. Lalu, dia sanggup ke Bangkok, Thailand demi mendapatkan persalinan kostum bulu ayam. Sementara di dalam video tersebut, DSV turut mengenakan beberapa persalinan sarat perincian. Kiranya DSV memang all out untuk lagu pertamanya ini.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI