Kalau ada yang perasan, kedua-kedua pelakon cantik Nur Fazura dan Zahirah MacWilson beberapa merakam foto bersama dan menerusi foto berkenaan, ada yang membayangkan pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu itu sama cantik dengan Fazura.

Malah ada yang berpandangan bawa keduanya punya aura dan sama cantik!

“Like Twins!” – Dikata Punya Iras dan Pesona Macam Fazura, Ini Reaksi Zahirah MacWilson

Mengulas mengenai perkara tersebut, Zahirah memberitahu pandangan yang diterima netizen merupakan satu penghormatan, apatah lagi Fazura sudah sedia dikenali dan kualiti lakonannya pun boleh dibanggakan.

IKLAN

“Like Twins!” – Dikata Punya Iras dan Pesona Macam Fazura, Ini Reaksi Zahirah MacWilson

 

IKLAN

“Saya highly respected. Fazura sendiri pun sudah lama dalam industri. Jadi bila orang kata macam tu saya hargainya. Bagaimanapun pada masa sama, saya juga mahu berdiri atas kaki sendiri dengan kerjaya dan personaliti saya,” katanya jujur kepada MH.

Terdahulu, Zahirah ditemui sejurus selesai pertunjukan fesyen dan pelancaran koleksi baju rayanya bersama Starvilion bersempena dengan #stavilionlebaran2018 di Setia Alam, pada Sabtu.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bi83m25l7sY/?hl=en&taken-by=zahirahmacwilson

Ditanya mengenai apakah perkembangan terbarunya pula, Zahirah bakal muncul menerusi drama Jangan Benci Cintaku di samping Saharul Ridzwan.

“Selain itu, saya juga akan muncul menerusi sebuah telefilem bersempena Raya berjudul Mentari. Turut sama berlakon ialah Datuk Rosyam Nor dan Syafiq Kyle,” akhirinya. 

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI