Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pelakon Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha telah memilih nama yang cukup cantik untuk anak ketiganya ini iaitu Laura Zuleykha.

Ayu telah memuat naik gambar wajah penuh bayi comel itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

“My princess Laura Zuleykha binti Mohamad Zaquan Adha,” tulisnya ringkas.

Melihatkan perkongsian itu, ramai memenuhi ruangan komen adik kepada pelakon, Rozita Che Wan itu dengan ucapan tahniah dengan kelahiran anak ketiga mereka. Selain itu ramai juga yang turut teruja melihat kecomelan Laura Zuleykha.

Selain itu, gelagat Laura yang tersenyum manis dalam foto tersebut itu juga turut mendapat perhatian pengikutnya.

Rata-ratanya memuji wajah comel Laura dan juga pilihan nama yang diberikan oleh pasangan itu kepada anak ketiganya.

Ayu selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pukul 10.52 pagi Isnin di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Anak perempuan pertama selepas enam tahun mendirikan rumahtangga dengan suaminya itu.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Tentang raya pula, Ayu juga sudah membuat persiapan awal menjelang ketibaan Aidilfitri tahun ini memandangkan dia dijangka berpantang sepanjang bulan Ramadan.

 

Sumber : Instagram Ayu raudhah

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: