Bintang filem Surga yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella disebut-sebut sedang bercinta dengan Engku Emran yang juga merupakan bekas suami primadona cantik, Erra Fazira.
Kini, nama Emran menjadi sebutan di portal-portal Indonesia yang ingin mengetahui siapakah lelaki yang bakal menghuni hati Bella.Wahh tampaknya nama Emran sudah tersebar ke pelusuk Indonesia!
“Laudya Cynthia Bella Dekat dengan Engku Emran, Siapa Sih Duda Asal Malaysia Ini? Simak Faktanya” Salah satu tajuk portal di Indonesia.
Engku Emran atau nama sebenar Engku Emran Engku Zainal Abidin merupakan lelaki berdarah kacukan Melayu,Tiongkok, dan India.
Hasil perkongsian hidup dengan Erra, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, yang bernama Engku Aleesya yang kini berusia 8 tahun. Mereka mula berumah tangga pada 25 Oktober 2007. Setelah menjalin hubungan selama 7 tahun, akhirnya mereka berpisah pada tahun 2014.
Sebelum bertemu dengan Engku Emran, Laudya Cynthia Bella juga pernah bertunang dengan Afie Kalla, anak sedara kepada Wakil Presiden Jusuf Kalla.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI