Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan terkenal kefasihannya bertutur dialek Terengganu  dengan cukup baik.Kini, Mat Dan lebih dikenali dalam rancangan TV pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers.

Kemunculan pengacara televisyen, Mat Dan yang berniaga di Car Food Sahur 2017, Batu Buruk, di sini bersama isterinya, Nadifa Adnan menarik kunjungan ramai untuk beriadah di situ sambil menikmati juadah sahur.

Kuih Ropa Mat Dan Laris Dalam Tempoh Satu Jam

Mat Dan berkata, pengalaman berkunjung ke program santai itu pada tahun lalu membuatkan beliau terpanggil untuk berniaga memandangkan jadual kerjanya tidak begitu padat sepanjang Ramadan ini.

IKLAN

“Ini adalah merupakan percubaan pertama saya dan isteri berniaga sebegini dan kami gembira apabila bihun goreng dan kuih ropa yang dijual di gerai Kedai Kite laris dalam tempoh satu jam.

 

 

“Malam tadi, ibu mertua saya memasak sehingga enam bungkus bihun bagi memenuhi permintaan pelanggan berbanding hanya empat bungkus yang diperuntukkan untuk setiap malam memandangkan sambutan diterima begitu menggalakkan,” ujar Mat Dan lagi.

 

Sementara itu, wakil penganjur, Aril Arif Abdul Razak berkata pengunjung mencecah 1,000 orang dalam tempoh dua jam beroperasi dan sambutan yang diterima tahun ini lebih memberangsangkan berbanding dua tahun sebelum ini.

“Peningkatan pelanggan sebanyak dua kali ganda ini sedikit sebanyak didorong oleh keterujaan mereka untuk bertemu Mat Dan serta isterinya.

 

 

“Tahun ini memang kita dapat rasai kemeriahan yang berbeza dengan kehadiran personaliti ini yang mana kita dapat lihat mereka menjadi salah satu tarikan pengunjung untuk membeli juadah dan bersahur di sini,” katanya.

Beliau berkata dengan menggunakan pendekatan berbeza, iaitu orang ramai menikmati hidangan masing-masing secara duduk bersila.Program Komuniti Car Food Sale Kuala Terengganu kali ini merupakan tahun ketiga yang dianjurkan.

IKLAN

Kuih Ropa Mat Dan Laris Dalam Tempoh Satu Jam

IKLAN

“Kita masih meneruskan konsep sama iaitu orang ramai menikmati hidangan masing-masing secara duduk bersila beramai-ramai, cuma tahun ini kita lebih selektif apabila memfokuskan makanan tradisi tempatan dan antara menu yang dijual adalah pulut gaul nyior, keropok lekor, kuih-muih, nasi minyak serta nasi lemak.

 

 

“Alhamdulillah, sambutan diterima sangat meriah terutama pada hujung minggu dan pengunjung yang hadir akan turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan KT Busker,” katanya.

Aril Arif berkata, mereka juga membuat kerja amal dengan menyumbangkan keuntungan yang diperoleh bagi membantu golongan memerlukan selain daripada berniaga di situ.

 

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI