Bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran sudahpun selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana kisah cinta mereka berputik. Adakah mereka tidak pernah berjumpa?

Meskipun tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka, Engku Emran telah memuatnaik beberapa gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan kronologi hubungan cinta mereka.

Setiap bait-bait yang ditulis membuat netizen cair membacanya dan mencuri perhatian beribu-ribu pembaca.

Emran memulakan siri kisah cinta dengan memuatnaik gambar bersama Bella dan anak tunggalnya, Engku Aleesya berpegangan tangan menandakan hubungan mereka direstui anak kesayangan itu.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Alhamdulillah. Terima kasih atas semua doa and kind wishes

 

Seterusnya, dia berkongsi gambar duduk bersama, namun masih mengekalkan jarak fizikal antara bukan muhrim. Ramai yang memuji. Pada gambar tersebut ditulis pertemuan mereka di Jakarta.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Jakarta 3/6/17

 

Engku Emran juga memuatnaik gambar first date mereka pada 14 April. Nampaknya percintaan mereka bermula pada bulan April?

IKLAN
Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Kuala Lumpur 14/4/2017 #firstdate #firstmeal

 

Namun, difahamkan pasangan ini pertama kali bersua ketika Bella turun ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan bersama Nora Danish.

“After Bella’s father says i can marry his daughter”.. wah nampaknya bulan Julai Engku Emran bertemu bapa Bella meminta restu untuk menikah dengan anaknya.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Bandung 9/7/2017. After Bella’s father says i can marry his daughter. #sapulidi

 

Setelah dipertemukan dengan Aleesya yang amat dikasihi Emran, lelaki itu juga membawa Bella berjumpa dengan Erra yang turut memberikan ‘restu’ terhadap hubungan mereka.

IKLAN
Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Kuala Lumpur 15/7/2017. Bella meets Aleesya for the very first time. #happytears

 

“Introduced Bella to Aleesya’s mom Erra.” tulisnya di foto yang menarik 241.6 ribu likes.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

Bulan Ogos, Engku Emran telah membawa ibu bapanya bertemu Bella di Jakarta.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran
Between KL-Jkt 3/8/2017. Flew my parents to meet Bella’s.

 

Dalam pada itu, Bella juga ada memuat naik gambar dengan kapsyen yang manis dan mendalam buat suaminya itu.

IKLAN

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

“Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya, Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok laki2 yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak-anak saya dan abang nanti.#BAE”

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Bella itu dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di Malaysia dan Indonesia di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen tersentuh hati dengan ucapan Bella buat suaminya.

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

Malah, Instagram Emran juga tiba-tiba ‘meletup’ dengan ledakan ‘likes’ oleh peminat Bella dari Indonesia. Nampaknya pasangan ini menjadi fenomena di dua negara!

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI