Pasti ramai orang yang tidak boleh move on lagi dengan berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak hairanlah ramai yang menantikan saat-saat ini seperti mana yang diketahui umum Siti dan Datuk K sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, Siti mendapat ribuan komen daripada peminat mahupun rakan artis. Bukan setakat dalam negara malah luar negara. Bukan penyanyi biasa-biasa.

Berita ini juga turut menggembirakan rakan baiknya yang juga penyanyi popular dari negara seberang, Krisdayanti.

Menerusi entri terbaru di Instagram milik Krisdayanti, dia ada memuat naik gambar bersama Siti dan screenshot perbualan Whatsappnya bersama pelantun lagu Mikraj Cinta itu.

IKLAN

Apa yang menarik perhatian ramai ialah pesanan yang dititipkan buat penyanyi itu supaya selalu membaca Surah Yusuf supaya bayi yang dikandungnya kacak.

ALHAMDULLILAH TAHNIAH LOVE. . . Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin @ctdk @rozisangdewi @sitizonemy

A post shared by Krisdayanti (@krisdayantilemos) on

IKLAN

“Surah Yusuf, baca selalu ya Love. Biar handsome. Hehehe,” pesan Krisdayanti kepada Siti.

Krisdayanti Pesan Siti Baca Surah Yusuf

Ini menimbulkan spekulasi hangat antara peminat yang mula meneka jantina anak Siti adalah lelaki.

IKLAN

Ruangan komen di instagram Krisdayanti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2.8 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen suka dengan kedua penyanyi itu.

Bagaimanapun, sebelum ini Siti pernah mendedahkan bahawa Datuk K mengimpikan anak perempuan kerana dia telah mempunyai empat orang anak lelaki.

Semoga semuanya dipermudahkan buat Siti dan Datuk K. Apa pun jantina kandungan Siti, anak itu pasti menjadi penyambung legasi buat Siti dan suami. Tahniah sekali lagi!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI