Belakangan ini, nama Malaysia sering disebut-sebut oleh media luar terutamanya berkaitan dengan Kpop. MH pun tak faham lah kenapa ada sahaja orang yang anti sangat dengan genre muzik ini.

Baru-baru ini, media Koreaboo memuat naik berita mengenai kenyataan seorang aktivis Kluster Ummah Siswa yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, Faizuddin Mohd Zai mengeluarkan kenyataan bahawa muzik genre ini merosakkan pemikiran anak muda.

Kpop Rosakkan Minda Anak Muda? Ini Respon Caprice

IKLAN

Katanya, Kpop mempromosikan hedonism di kalangan anak muda dan menggangu perkembangan kognitif mereka mengakibatkan perjalanan karier terganggu, dalam erti kata lain, tiada masa depan yang cerah.

“Kita bermasalah kerana dibesarkan dalam situasi yang tidak sihat, macam mana kita nak harapkan anak muda kita baik apabila kebanyakan program hiburan pun ada unsur hedonism. Contohnya,adalah Kpop.

“Tengoklah anak muda sekarang mana nak kisah mengenai isu semasa dan lebih teruk apabila ibu bapa (yang Islam) turut menggalakkan budaya ini berkembang,” katanya.

Ternyata pendapatnya itu tidak dipersetujui oleh penyanyi, Caprice yang meraskaan pendapat Faizuddin itu sebagai ‘ignorant’.

IKLAN

Kpop Rosakkan Minda Anak Muda? Ini Respon Caprice

IKLAN

“Kepada saudara Faizuddin, anda salah dan ‘ignorant’ apabila melabelkan satu genre muzik sebagai pengaruh buruk kepada anak muda sedangkan kalau kita lihat banyak lagi genre muzik lain yang turut mempromosikan ‘benda buruk’ seperti keganasan, dadah dan seks.

“Masalahnya di sini bukanlah genre muzik tersebut tetapi manusia. Fanatism bukanlah satu perkara baru dalam industri hiburan, dah ada lama sejak zaman The Beatle, Michael Jackson dan Back Strees Boy lagi.

“Lagi satu, masalah ini timbul bila manusia tidak tahu macam mana nak seimbangkan hidup mereka, saat ini kembalilah kepada Islam yang mengamalkan kesederhanaan sebab untuk salahkan satu genre muzik ini adalah sangat ‘bodoh’,” katanya.

Bagi MH, yang pernah ada pengalaman lihat bagaimana fanatiknya anak muda terhadap artis-artis luar negara ini faham apa Caprice cuba sampaikan sebab segala yang berlaku pun sikap manusia juga.

Kita tidak bolehlah letakkan kesalahan pada satu-satu genre muzik itu, cuma kadang-kadang mungkin kita boleh bendung sedikit ‘lepas-laku’ manusia ini kan dengan mungkin kurangkan sedikit program-program Kpop ni?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI