Ahad lalu telah berlangsungnya minggu final bagi program nyanyian, AF Megastar yang telah menampilkan lima orang finalis untuk merebut gelaran Megastar dan akhirnya gelaran tersebut dimiliki oleh Idayu.

Namun begitu Idayu seorang sahaja yang menerima hadiah pada malam itu manakala empat finalis lain tidak menerima apa-apa hadiah.

Disebabkan itu, mungkin ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri tidak ada duit untuk memberi hadiah kepada finalis yang lain.

IKLAN

Rentetan daripada hal itu, Aliff telah memuat naik satu video di Instagram meluahkan rasa kecewa dan marah kepada pihak yang mengata dirinya tidak mampu memberikan hadiah kepada peserta yang lain.

IKLAN

Tidak cukup dengan video penjelasan darinya, Aliff juga turut menjelaskan situasi sebenar di ruang kapsyen agar pihak berkenaan faham dengan konsep penaja dan rancangan tersebut.

IKLAN

“jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser.

 

“aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah….ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro…ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??…korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah…padahal x ada kaitan pun dgn saya.

 

“Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni…Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok…kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni…buka mata dan buka sikit minda tu……,” tulis Aliff panjang lebar.

Kepada sesetengah pihak di luar sana yang melemparkan kata-kata negatif kepada Aliff itu diharapkan anda faham dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Aliff ini.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI