Seperti Yang kita tahu tidak semua orang menyukai Taylor Swift walaupun adakalanya dia kelihatan sangat ‘goodies’ dan innocent.

Namun baru-baru ini gadis blond yang terkenal dengan lagu Blank Space telah membuat kemunculan semula dengan video klip lagu terbarunya ‘Look What You Made Me Do’.

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Seperti biasa, Taylor sangat hebat dan kreatif melahirkan perasaan sinisnya terhadap individu-individu yang pernah cuba menjatuhkannya melalui sebuah klip video.

Jika dahulu dia pernah perli haters dalam lagu Shake It Off dan Blank Space, kali ini dia hadir dengan sembilan mesej tersembunyi di sebalik video klip yang mencecah 55 juta tontonan dalam masa satu hari sebaik sahaja ia di muat naik ke Youtube.

1. Tentang reputasinya.

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Taylor sangat terkenal dengan kisah-kisah gosip sejak namanya kian naik, Taylor terus dibenci oleh sesetengah pihak hingga menjejaskan reputasinya.

Di momen awal video tersebut, Taylor telah menyarungkan dress yang pernah dipakai olehnya sewaktu video klip Out of The Woods.

2. Nama bekas kekasih di batu nisan

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Bukan itu sahaja, jika perasan di batu nisan terpapar jelas nama Nils Sjoberg iaitu nama pena Calvin Harris dan Taylor untuk lagu This Is What You Came For. Ia seakan satu gurauan sinis daripada Taylor yang membawa maksud nama tersebut sudah ‘mati’ dalam ingatannya.

3. Mandi dalam kemewahan

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

IKLAN

Jika didengari semula, sewaktu ini Taylor ada menyebut “I don’t like your perfect crime, How you laugh when you lie” yang mengambarkan perasaan marah Taylor terhadap seorang DJ radio yang dikatakan telah mencabulnya dan tidak mengaku bersalah sehinggakan Taylor mengambil tindakan untuk menuntut ganti rugi sebanyak 1 Dollar.

Dan ia boleh dilihat melalui video tersebut dalam kemewahan berlian yang ada di dalam tub mandi, terselitnya sekeping wang kertas berbentuk Dollar.

4. Ular

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Ramai tertanya-tanya apa kena mengena ular dengan Taylor, sebenarnya, sejak kekecohan yang berlaku antara Taylor dan Kanye West, Kim Kadarshian ada mengelarkan Taylor sebagai ‘ular’ kerana dikatakan memberi kenyataan berbelit-belit sehingga menjadi bahan ejekan netizen.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan Taylor sangat marah dan geram. Oleh sebab itu dia sengaja menggunakan ular dalam video klipnya kali ini.

Bukan itu sahaja, malah jika lihat pada kerusi yang diduduknya, terdapat juga satu tulisan yang dipercayai berunsur khianat.

5. Hentam Katty Pery secara terang-terangan

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

IKLAN

Bukan sekali dua tetapi terdapat tiga scene yang menggambarkan watak atau ada kena mengena dengan Katty Pery secara terang-terangan.

Antaranya ialah sewaktu Taylor terlibat dalam satu kemalangan. Taylor kelihatan seiras dengan ‘musuh’ ketatnya. Malah dia juga sempat mengejek penyanyi tersebut dengan memegang satu trofi Grammy Award kerana Katty langsung tidak pernah menerima anugerah ini.

Malah, dia turut menggunakan beberapa ayat seperti “locked me out and threw a feast as she dines” cukup jelas mengambarkan Katty dalam video klip terbarunya Bon Appetit.

Bukan itu sahaja, malah Taylor juga memakai topeng kucing dan bertindak gangster menceroboh masuk untuk memerli pengikut Katty Perry.

6. 8 lelaki, 8 bekas kekasih?

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Ada satu scene di mana Taylor memasuki satu bilik yang dipenuhi dengan sekumpulan penari lelaki. Kemudian penari tersebut mengikuti taylor dan beratur di belakangnya.

Jika dikira, bilangan penari lelaki tersebut sama dengan bilangan bekas-bekas keasihnya iaitu lapan orang.

Bukan itu sahaja, Penari tersebut turut mengenakan baju yang disulam I Heart TS yang pernah menjadi bualan netizen apabila bekas kekasihnya Tom Hiddleston pakai sewaktu sambutan kemerdekaan 4th of July.

IKLAN

7. Selamat tinggal Taylor yang lama

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Bukan sahaja memerli musuh-musuhnya malah Taylor turut menyalahkan semua yang terjadi ini membuatkan dirinya yang lama ditinggalkan dan ‘mati’ begitu sahaja.

8. Menyindir Skuadnya Hanya Palstik

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Oleh kerana ramai netizen serta beberapa barisan artis menganggap Girl Squad yang ditubuhkan oleh Taylor itu hanya ‘plastik’ dan mengikut sahaja arahan Taylor, dia dengan beraninya memaparkan scene di mana dia cuba mengawal semua mannequin yang ada.

9. Memerli setiap kata-kata yang menjadi isu

Klip Video Taylor Swift Papar 9 Babak Sinis

Di akhir video, pelbagai versi Taylor dari awal kemunculannya sehingga kini menyebut setiap kata-kata yang pernah dilemparkan oleh netizen.

Antaranya ialah seperti bosan melihat ekspresi wajah Taylor yang konon-kononnya terkejut serta menyebut ayat yang pernah dikeluarkan sewaktu isu kontroversinya bersama Kanye.

Buka itu sahaja, malah Taylor juga dikatakan sempat memerli beberapa artis yang pernah menghentamnya contoh seperti Miley Cyrus, Beyonce, dan Lady Gaga.

Nah ini dia video yang punyai pelbagai kontroversi dan cukup kreatif untuk memerli si haters. Well done Taylor!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI