Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen Khairy Jamaluddin menjelaskan dia juga berdepan dengan cabaran yang sama untuk membesarkan anak-anaknya yang normal walaupun memiliki seorang anak istimewa autisme.

KJ Tak Bezakan Kasih Sayang Anak

 

KJ Tak Bezakan Kasih Sayang Anak

Khairy juga memuat naik gambar bersama anaknya,Timor Abdullah,9 yang memiliki kelainan upaya autisme ketika ulang tahun Timor yang ke 8 dilaman sosial dengan kapsyen,

IKLAN
I know you see the world very differently from the rest of us. The kaleidoscope of colours and cacophony of sounds you sense is overwhelming. But I pray that what will continue to overwhelm you even more is the love that your family has for you. I'm so proud of you, Puma. Continue to show us what it is to be uniquely human. Happy 8th birthday.’


"Sebenarnya membesarkan anak-anak yang tiada masalah autisme pun susah, masing-masing ada perangai sendiri.



“Bagi saya setiap anak itu istimewa. Misalnya anak sulung dan bongsu saya Jibreil dan Raif Leo Averroes, mereka pun ada perangai tersendiri,” katanya. 


Tambah Khairy, kita sebagai ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan peribadi mereka.

Khairy bagaimanapun mengakui perhatian lebih harus diberikan terutama ketika peringkat awal tumbesaran Timor yang memiliki kelainan upaya autisme.

IKLAN

“Bersama-sama dengan anak istimewa memerlukan saya lebih positif dan tidak lelah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga kerana dia memerlukan sistem sokongan yang lebih utuh iaitu keluarga,” jelasnya.

Bagi isteri Khairy, Nori Tun Abdullah, untuk menerangkan atau mempersiapkan Timor tentang sesuatu perkara baru, dia akan menyediakan sebuah buku cerita khas bergambar.

“Setiap perkara atau perancangan yang kami buat dengan Timor mesti ada persiapan yang cukup dan dia perlu dimaklumkan lebih awal berbanding anak-anak lain.

 


“Contohnya apabila ada orang yang tidak dikenali akan datang ke rumah, kami akan lengkapkan Timor dengan sebuah buku seperti buku cerita agar dia bersedia. Kita tidak tahu bagaimana respons dia jika tidak bersiap sedia,” tambah Nori.


Gimnasium We Rock The Spectrum Kids di Evolve Concept Mall, Ara Damansara juga satu inisiatif olehKhairy dan Nori berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk aktiviti berkaitan.

Khairy dan Nori berkahwin pada 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jibreil Ali, 10, Timor Abdullah, 9 dan Raif Leo Averroes, 3.

IKLAN


KJ Tak Bezakan Kasih Sayang Anak

 

Sumber : Astro Gempak dan Instagram KJ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI