Upacara pembukaan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang telah diadakan Sabtu lalu, berlangsung dengan penuh kemeriahan.

Mempamerkan keunikan pelbagai budaya dan bangsa di Malaysia dengan menggabungkan elemen teknologi pencahayaan diod pemancar cahaya (LED) sebagai tarikan utamanya.

Turut menyaksikan berlangsungnya kemeriahan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta jemaah menteri.

Acara kemuncak yang paling menjadi tumpuan tentulah ketika Atlet Terjun Negara, Nur Dhabitah Sabri, 18, diberi kepercayaan menyalakan obor pada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mempertikaikan pemilihan Dhabitah untuk menyalakan obor.

IKLAN

Rentetan itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) tampil menjelaskan sebab pemilihan atlet itu.

Menurut KJ di laman Twitter miliknya, penghormatan itu diberikan kepada Dhabitah oleh kerana prestasinya yang memberangsangkan sekali gus menjadi potensinya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab SEA Games adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama” Tulis Kj

KJ Jelas Pilih Dhabitah Nyala Obor Sukan Sea

IKLAN

Selain Kj yang berpuas hati dengan pemilihan Dhabitah, ianya juga mendapat reaksi positif dari netizen yang menganggap pemilihan Kj tepat.

KJ Jelas Pilih Dhabitah Nyala Obor Sukan Sea

Dalam pada itu, Dhabitah turut memuat naik foto bersama atlet yang lain di Instgaram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Kj kerana diberi penghormatan pada upacara gilang gemilang itu.

IKLAN

“Just like I said before. I’m one of the luckiest girl to be given the chance by our Sports Minister @Khairykj to fly high and lit up the torch for the 29th Sea Games opening ceremony. Without this opportunity, I will not have met all the sports legend like I had today. We sports people took care of each other and support each other. Thank you.”

KJ Jelas Pilih Dhabitah Nyala Obor Sukan Sea

 

Terdahulu, Dhabitah pernah memenangi pingat gangsa dalam acara wanita 10 meter platform segerak pada Sukan Komanwel 2014.

Sumber : Twitter Khairy Jamaluddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI