Tertekan, sedih, gelap, kesepian. Begitulah perasaan aktres dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau juga dikenali dengan nama ringkasnya, BCL ketika penggambaran filem terbarunya, Surat Kecil Untuk Tuhan (SKUT).

Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Agnes Davonar ini baru sahaja ditayangkan di Indonesia 25 Jun lalu dan bakal menemui penonton di Malaysia 3 Ogos depan.

Kisah Anak Jalanan Buat Bunga Citra Lestari Menangis

Ketika mendapat tawaran SKUT, BCL menerima tiga lagi tawaran dan sudah release serta mendapat sambutan hangat di Indonesia.

“Namun bagi saya SKUT adalah beautiful film dan saya amat tertarik dengan skrip filem ini. Bila saya baca, saya rasa goosebumps dan menangis.

 

“Bila saya beritahu Ashraf, dia juga menangis. Sebab kedua adalah dalam filem ini, saya membawakan peranan sebagai peguam, saya juga peminat drama atau filem yang mengangkat kisah di mahkamah.

 

“Dari kecil lagi, saya teringin jadi peguam, sebab itu saya tertarik untuk membintangi SKUT,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Membawakan watak Angel, Bunga yang juga isteri kepada artis kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair berkata, ‘kegelapan’ dan kesunyian yang dirasainya itu tidak berakhir selepas tamat penggambaran, sebaliknya dia masih lagi dalam proses memulihkan diri.

Kisah Anak Jalanan Buat Bunga Citra Lestari Menangis

IKLAN

“Filem ini membawa kisah anak jalanan, di mana kalau anda pernah pergi ke Jakarta, anda akan sering lihat anak-anak meminta wang atau menyanyi untuk mendapatkan wang. Ada ketikanya mereka akan bekerja hingga lewat malam.

 

“Ia membawa kisah dua beradik yatim piatu, Anton dan Angel yang tinggal bersama pakcik dan makcik saudara mereka. Namun disebabkan tidak tahan didera pakcik mereka yang panas baran, jadi mereka mengambil keputusan melarikan diri,” ceritanya.

Bagaimanapun, kata Bunga, dia bersyukur kerana secara realiti kehidupannya berbeza dengan anak-anak jalanan itu kerana mempunyai keluarga, ibu bapa, adik beradik, suami dan anak yang menyebabkan agak sukar untuk ‘memasukkan’ watak Angel ke dalam dirinya.

Akuinya, walaupun penggambaran sudah berakhir April lalu tetapi Bunga masih lagi dalam proses kembali sepenuhnya sebagai dirinya sendiri.

“Mujur keluarga dan Ashraf sendiri sangat memahami. Saya pun tidak membawa masalah itu ketika penggambaran. Saya lakukan kerja saya, bila perlu menangis, saya menagis, bila perlu senyum, saya senyum” jelas Bunga.

Bunga berkata, biarpun terbawa-bawa kisah kesunyian Angel untuk beberapa bulan, namun dia masih mengutamakan profesionalisme dalam bekerja dan tidak ada situasi pun pengarah perlu menghentikan penggambaran kerana hendak memberi ruang mendapatkan mood atau kembali seperti biasa.

IKLAN

Kisah Anak Jalanan Buat Bunga Citra Lestari Menangis

Ditanya harapannya untuk filem ini, Bunga berkata, dia berharap SKUT dapat membuka mata banyak pihak mengenai anak-anak jalanan.

“Ini adalah satu permasalahan di Indonesia di mana ada anak-anak kecil, sama ada diculik, ditinggalkan orang tua, atau lari dari rumah dan kemudian ada agen yang mengumpul mereka, letak di sebuah tempat dan mereka perlu cari duit untuk diberikan kepada agen tersebut.

 

“Suatu ketika dulu, kita mungkin aware dengan kehadiran mereka, tapi lama kelamaan kita lupa, kita rasa mereka malas. Tapi filem ini sebenarnya memberi perspektif yang berbeza.

 

“Dan secara tidak langsung, dapat membuka mata pihak yang berwajib agar permasalahan ini dapat diatasi,” katanya.

Impi konsert di Malaysia

IKLAN

Berkongsi perkembangan terbarunya, Bunga berkata, dia baru sahaja melancarkan album terbarunya yang berjudul It’s Me BCL selain menyelesaikan konsertnya di Indonesia 1 Mac lalu.

“Sebelum sibuk dengan penggambaran SKUT, saya sempat menyudahkan konsert saya yang dirancang sejak enam bulan lepas sebelum tarikh konsert,” ujarnya lagi.

Kata Bunga, konsert itu sebenarnya secara tidak langsung membuka mata sesetengah pihak yang mendakwa konsert di Indonesia tidak membawa keuntungan.

Kisah Anak Jalanan Buat Bunga Citra Lestari Menangis

“Bila saya dah berjaya dengan konsert itu, memang timbul idea untuk mengadakan konsert jelajah, lebih-lebih lagi di Malaysia,”  katanya yang turut menanti peluang melancarkan album terbaru di Malaysia.

Bagaimanapun, jelas bunga semua perkara itu masih dalam perancangan dan berharap akan  berjalan lancar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI