Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Kilafairy. Orangnya cantik dan cukup menawan.

Seperti yang semua tahu, Kila punyai citarasanya yang tersendiri dalam pemilihan gaya.

Namun baru-baru ini Kila telah diperli oleh seorang ‘ustaz jadian’ di Twitter yang mempersendakan kapsyen gambar yang telah dikongsikan olehnya.

Kilafairy Ditegur PU Jadian, Tapi…

“Deep Ayat Kilafairy. Sesetengah wanita takut api neraka, sesetengah wanita ‘jadi’ api neraka,” tulisnya.

IKLAN

Menyedari ada pihak cuma memanipulasikan kapsyen yang dikongsinya, Kila telah membalas dengan ayat yang cukup sinis hingga membuatkan ‘Ustaz’ tersebut menarik semula tweetnya sebelum ini.

Malah, Kila turut memberitahu inilah jadinya bila seseorang manusia itu fikir dirinya terlalu bagus dan memperbetulkan translation ustaz tersebut.

IKLAN

Kilafairy Ditegur PU Jadian, Tapi…

Setelah itu, MH diberitahu ‘ustaz’ tersebut teelah membalas tweet Kila dengan memberitahu tujuannya membuat teguran tentang api neraka itu kerana ingin melihat respon netizen mengenai isu ini.

IKLAN

Bagaimana pun, kenyataan itu telah dipadam sebelum ia mula diviralkan.

Kilafairy Ditegur PU Jadian, Tapi…

Jika dilihat, individu tersebut telah memakai nama “PU Nabil Hussein”, namun MH telah diberitahu akaun tersebut sebenarnya bukanlah akaun salah seorang peserta Pencetus Ummah seperti yang disangkakan.

Haish macam-macam, bagi MH tegur itu biarlah dengan cara yang betul walaupun dengan niat untuk perbaiki kesilapannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI