Select Page
  • 19
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    19
    Shares

Nampaknya negara yang terkenal dengan pulau-pulau cantik ini mempunyai kegilaan yang baru dalam industri kecantikannya.

Jika satu masa dahulu mereka sangat terkenal dengan pembedahan kecantikan, kali ini Thailand muncul dengan kegilaan baru apabila menawarkan perkhidmatan memutihkan alat sulit lelaki dengan teknik tembakan laser.

Khidmat tidak masuk akal ini telah dimulakan oleh pihak Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan yang lalu apabila menerima seorang ‘pesakit’ yang tidak berpuas hati kerana zakarnya berwarna gelap.

Sejak gambar khidmat ini tersebar luas, ia menjadi satu trend dan menjadi popular sehingga menerima hampir 100 pelangan sebulan.

Menurut sumber melalui sebuah perbualan bersama Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital berkenaan, Bunthita Wattanasiri memberitahu mereka harus berhati-hati kerana bahagian tersebut sangat sensitif.

Tambahnya sebahagian besar pelangan mereka antara 22 sehingga 55 tahun.

Bagaimanapun trend ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ramai orang ramai.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: