Select Page
  • 40
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    40
    Shares

Kerana Kisah Silam Maria Ozawa Sering Terima Kecaman, Bimbang Ditinggalkan Kekasih!

Namanya pernah menjadi bualan ramai terutamanya di kalangan lelaki sebelum ini, sebut sahaja Maria Ozawa memang akan ada usikan nakal daripada semua orang.

Wanita yang dilahirkan di Hokkaido Jepun ini popular kerana kerjayanya sebagai seorang pelakon filem ‘dewasa’. Namun kini dia sudah ‘bersara’ dan lebih fokus terhadap kehidupan barunya.

Dalam sedang MH scroll media sosial, ternampak pula posting mengenai Maria ini, katanya risau ditinggal kekasih. Kenapa pula ya?

Setelah bersara pada tahun 2015, dia berpindah ke Filipina dan di sana bertemu dengan kekasihnya, Jose Sarasola yang merupakan seorang pelakon.

Pertama kali mereka menghebahkan hubungan ini pada awal tahun lalu semasa Jose memuat naik foto mesra mereka bersama.

Dalam pada itu, menerusi satu wawacara di ABS-CBNSews pula, Maria meluahkan ingin berkahwin dan mempunyai anak bersama kekasihnya itu.

Bagaimanapun, orang ramai seakan-akan tidak merestui keinginan Maria itu dan sering mengecam Jose. Kasihan dengan nasib yang menimpa kekasihnya, Maria mula menyalahkan dirinya sendiri.

Tambahnya lagi, ada juga terselit kebimbangan jika Jose mengambil keputusan untuk meninggalkannya dek tak tahan dengan kecaman orang ramai namun dia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kekasihnya itu.

Bagi MH, biasalah kalau dah dikenali orang ni kan, buat apa pun memang akan dapat kecaman. Apatah lagi apabila semua orang tahu background Maria macam mana kan?

sumber: Hangat.com, IG Maria Ozawa

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: