Menyambut ulang tahun kelahiran semalam, 19 September, pelakon Dia Semanis Honey diberikan ucapan manis oleh isterinya, Shadila Halid. Walaupun ringkas, namun memberi beribu makna buat pasangan itu.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Shadila di laman Instagramnya, ternyata membuatkan pengikutnya turut terhibur. 

‘Kenapa Makin Tua, Makin Handsome?’

“Selamat Hari Lahir kepada suami saya, Encik Muhammad Alif, dengan ucapan “Kenapa makin tua, makin handsome?” tulis Shadila

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji isteri Aliff sebagai isteri yang sweet dan penyayang.

IKLAN

Untunglah Alif, isteri pun cantik menawan, pandai ambil hati suami pulak tu!

Peminat mereka juga mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Alif dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Selain itu, Shadila turut memuat naik sekeping foto Alif menyambut hari lahir ketika di zaman kanak-kanak.Rata-rata pengikutnya berkata Alif ketika kecil menyerupai anak sulungnya, Alisha.

IKLAN

‘Kenapa Makin Tua, Makin Handsome?’

‘Kenapa Makin Tua, Makin Handsome?’

IKLAN

Dalam perkembangan terbaru, Alif kini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet yang bakal bersiaran di Astro Ria bersama pelakon cantik, Neelofa.

Pasangan serasi ini telah disatukan pada 15 September 2014 dan kini dikurniakan dua cahaya mata perempuan Alisha dan Ariana Mecca.

‘Kenapa Makin Tua, Makin Handsome?’

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI