Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Empat hari lalu Elizabeth Tan yang lebih selesa menggelarkan dirinya Lizzy telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik cerita penangkapannya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Lizzy kelihatan mengikut seorang lelaki berbadan sasa, berbaju biru dengan tangan yang bergari.

Tanpa memberi sebarang penjelasan mahupun pandang ke kemera Lizzy jalan terus dengan pakaian yang agak kasual.

Walaupun tiada sebarang penjelasan tentang video tersebut, rata-rata netizen mula beranggapan ini adalah sebahagian daripada gimik sesebuah drama yang mungkin dilakoninya.

Lebih lagi apabila penyanyi berbangsa Cina yang terkenal dengan lagu Knock Knock ini ada meletakkanhashtag #MayaAdrianna dan #InspektorDaniel.

Spekulasi itu lebih kukuh apabila Lizzy turut menggunakan tag ke akaun@mydarlinginspdanielofficial di mana akaun itu diwujudkan untuk tujuan promosi drama terbaru yang bakal ditayangkan Ogos 2017 akan datang.

Dikhabarkan Megadrama yang bakal ditayangkan di Astro ini turut menampilkan Aaron Aziz, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi.

Ini dia beberapa gambar dan video sekitar pengambaran My Darling Inspector Daniel.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "