Select Page
  • 15K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    15K
    Shares

MH Online telah mendapat berita bahawa penyampai radio, Jaa Suzuran telah dimasukkan ke hospital.

Berita kemasukan Jaa ke hospital ini dikongsi sendiri oleh Jaa di akaun Instagramnya.

Menurut Jaa dia dimasukkan hospital kerana telah terlibat dengan kemalangan motosikal dan kini setelah mendapatkan rawatan dia sudah dibenarkan untuk pulang.

Jaa memberitahu lagi, dia mengalami kemalangan itu 3 hari lalu lebih kurang jam 12.30 tengahari di Keramat, Kuala Lumpur setelah motornya hilang kawalan.

Akibat daripada kemalangan tersebut Jaa mengalami beberapa kecederaan di jari dan lututnya.

“Jari kelingking dah terbelah dan terkoyak di bahagian depan dan belakang jari, lutut Jaa pula didapati mengalami sedikit keretakan selepas menjalani MRI scan (Magnetic resonance imaging),” ujarnya.

Namun menurut Jaa kecederaan di lututnya itu tidak memerlukan kakinya disimen atau dibedah.

“Lutut Jaa tak perlu disimen atau dibedah cuma perlu pakai bandage sahaja,” ujarnya lagi.

Penyampai radio ini berkata lagi, bahawa kecederaan yang dialaminya ini boleh pulih seperti sediakala cuma dirinya perlu banyak berehat.

Jaa juga sempat memberikan kata-kata nasihat kepada semua penunggang motosikal di luar sana.

“Nasihat Jaa buat semua penunggang motosikal, pertama sekali penggunaan helmet adalah sangat penting dan jangan hanya dipakai sahaja tapi perlu diikat juga.

 

“Yang kedua adalah penggunaan keselamatan seperti sarung tangan dan yang terakhir jangan bawa motor dengan laju dan mengikut kenderaan di hadapan dengan terlalu dekat,” kata-kata nasihat daripada Jaa.

Ditanya soal kerjayanya, Jaa memberitahu bahawa pada hari Khamis ini dia akan berangkat ke Mumbai, India untuk menemuramah hero Bollywood nombor satu iaitu Shah Rukh Khan.

“Jaa akan berangkat ke Mumbai pada hari Khamis ini dan sesi temuramah Jaa bersama Shah Rukh Khan mungkin akan dilakukan pada 14 atau 15 haribulan nanti,” katanya.

Tujuan Jaa bertemu dengan Shah Rukh Khan adalah untuk sesi temubual dan mempromosikan filem terbaru Shah Rukh Khan yang bertajuk ‘Jab Harry Met Sejal’ yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos depan.

Jaa juga berkata, jika berkesempatan mungkin dia akan membuat video bersama hero Bollywood tersebut.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: