Pada tanggal 10 Jun lalu, seluruh peminat Julia Perez bersedih apabila penyanyi kesayangan ramai ini telah menghembuskan nafas terakhir setelah berjuang melawan kanser serviks di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta, Indonesia

BACA JUGA> http://www.mediahiburan.my/rakan-peminat-tangisi-pemergian-julia-perez/

Tanpa sedar Yuli Rachmawati atau yang dikenal dengan nama Julia Perez sudahpun 100 hari meninggalkan dunia ini. Ianya juga meninggalkan duka yang begitu mendalam pada keluarga mereka.

Justeru, ibu dan kedua adik Julia Nia Anggia dan Della telah mengadakan majlis tahlil di Perumahan Raffles Hills, Cibubur, Jakarta Timur dengan mengundang 150 orang anak-anak yatim untuk mengaji bersama.

Keluarga selebriti itu juga sempat mengungkapkan kerinduan mereka pada selebriti itu yang selalu menjadi penyatu keluarga. 

Suasana sedih masih menyelubungi majlis yang dihadiri anak-anak yatim dan keluarga terdekat.

Adiknya juga mengakui dia telahbermimpi bertemu dengan kakaknya yang tercinta itu.

IKLAN

“Saya sempat bermimpi bertemu kakak saya, dia memimpin tangan saya.Dalam mimpi itu saya menangis-nangis sambil memeluk dia. Saya sangat merindukan kakak,” kata Nia kepada sebuah portal di Indonesia.

Pada majlis itu, keluarga Jupe telah memilih pakaian dan dekorasi serba hijau sempena warna kegemaran Jupe.

“Arwah Jupe sangat suka warna hijau, akhirnya pada 100 hari kematian Jupe kami sekeluarga memakai baju warna kegemarannya,” tambah Nia.

Sementara itu, ibu Jupe, Sri Wulansih, hampir setiap hari dia akan menjenguk kubur puteri sulungnya sejak ketiadaannya.

“Hampir setiap hari mahu ke kubur. Cuma melihat dan menguruskan kawasan itu kemudian mengutuskan doa,” katanya.

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

IKLAN

Tambah keluarga arwah, mereka merasakan kehilangan orang yang menjadi pemimpin di rumah. Jika sebelumnya, Jupe akan selalu mengatur dan mengingatkan mereka. Kini, tiada lagi dan mereka merasakan hanya perasaan yang kosong.

Sumber : kapan lagi

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

 

IKLAN

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

 

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

 

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

Keluarga Adakan Tahlil 100 Hari Permergian Jupe

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI