Nampaknya video komen daripada Zed Zaidi yang mengaitkan pelakon Singapura, Aliff Aziz mendapat perhatian ramai sejak dimuat naik ke sosial media.

Bukan sahaja dalam negara malah negara jiran juga turut merasa bahangnya dan ‘terasa’ dengan kenyataan Presiden Seniman Malaysia ini.

Seperti yang semua tahu, salah seorang selebriti televisyen Singapura, Nick Mikhail Razak telah membuat satu video menyelar kenyataan dan pandangan Zed Zaidi.

IKLAN

Zed Zaidi nak cari Aliff Aziz? Wow

Zed Zaidi nak cari Aliff Aziz? Wow ini respon dari Nick Mikhail RazakMore : Sukan Star TV – sstv.my @ Sukan Star TV

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Tuesday, 1 August 2017

“I was watching the great Zed Zaidi, the president Seniman of Malaysia buat his komen and actually okay lah, ada juga betul apa yang dia cakap tu. Ada jugak yang make sense, but actually while watching the first part tu saya tak nak cakap apa-apa pon. Tiba-tiba ending tu…,” katanya sebelum menyambung lagi kata-kata yang lain.

Walaupun tidak cuba untuk serang secara peribadi terhadap Zed Zaidi ataupun industri Malaysia tetapi tuduhannya yang menganggap Zed Zaidi cuba untuk ‘membunuh’ artis-artis Singapura telah membuatkan ramai pihak terguris.

“Bila aku tengok seorang individu terutamanya kau (Zed Zaidi) cuba untuk mematikan artis-artis Singapore aku akan bersuara. Whether you like it or not or whether anyone like it or not I don’t give a damn,” katanya dengan jelas.

 

IKLAN

“Kau Cuba Untuk Matikan Artis-Artis Singapura” – Nick Mikhail

 

IKLAN

Malah Nick turut mempertikaikan komen Zed tentang imej artis Malaysia tercalar dek kontroversi yang timbul kerana kesilapan Aliff.

Bukan itu sahaja, Nick juga turut membuka pekung selebriti Malaysia sepanjang berada di Singapura dan mengatakan sesetengah artis Malaysia datang dan buat masalah di negaranya.

Apa pun kami harap kes ini tidak berlarutan dan janganlah diperbesarkan. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan apa yang terkeluar dari mulut dan adakalanya juga kita sendiri tersalah faham tentang sesuatu pekara yang disampaikan oleh orang lain.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI