Pada 9 Jun lalu, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) yang membentuk sebuah syarikat usahasama ‘JV Co’ untuk penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi kandungan di Malaysia dan rantau Nusantara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, kolaborasi ini mempunyai satu matlamat untuk menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang kemprehensif.

Karangkraf Dan Astro Jalin Kerjasama

“Matlamat utama kolaborasi ini, kami menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelekt atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik.

“Trend penggunaan media digital pada masa kini, baik berbayar mahupun menerusi iklan, telah meluaskan jangkauan Astro terhadap para pelanggannya di Malaysia daripada isi rumah ke segmen individu dengan sangat ketara.

“Misi utama adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan yang mempunyai latar belakang berbeza, daripada teater ke televisyen, sehinggalah ke digital dan perdagangan, kami memerlukan IP yang pelbagai untuk memenuhi kehendak setiap segmen pengguna,” katanya.

Datuk’ Rohana berkata lagi, pemilikan IP ini akan membolehkan mereka untuk memaksimumkan potensi aliran masuk kewangan daripada perlesenan, Adex, langganan dan perdagangan di mana pada masa yang sama juga akan memberi peranan jangka masa panjang yang mampan kepada mereka dalam rantaian media.

IKLAN

“Kami juga mengambil kira permintaan yang semakin meningkat terhadap kandungan vernakularyang segar dan berbeza di seluruh rantau Nusantara, sebahagiannya oleh percambahan platform over-the-top OTT terus kepada pengguna. Dalam usaha untuk meletakkan Astro sebagai pemain utama di ruang lingkup industri ini.

“Ingin mengukuhkan lagi pelaburan kami menerusi kandungan yang menggunakan bahasa perantaraan yang sama (vernacular utama) dan harta intelek (IP) ASEAN, untuk menjadikannya lebih relevan kepada penonton serantau.

“Kumpulan Media Karangkraf adalah merupakan satu kuasa besar dalam industri kreatif terutamanya di kalangan komuniti berbahasa melayu menerusi senarai asset media yang dimilikinya,” jelasnya lagi.

Menurut Datuk Rohana lagi, Usahasama yang menyatukan dua entiti ini membawa misi yang sama dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing untuk membuka peluang perniagaan baru bagi mencipta harta-harta intelak Nustantara yang boleh digunapakai bukan sahaja di Malaysia malah memiliki nilai komersial yang tinggi untuk dibawa menjelajah ke negara-negara serantau.

Pengarah Urusan Kumpulan media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Hj Yaacub pula berkata, syarikatnya amat teruja untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat lagi bersama Astro setelah terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini seperti Projek Ngaji, Quran Hour dan sebagainya.

“Dengan gabungan jumplah jangkauan yang memberangsangkan ini, kami merasakan bahawa Astro merupakan rakan stratergik yang paling tepat bagi membantu memperluaskan kandungan harta intelek kami di pelbagai platform seperti televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negara-negara yang berikutnya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, usahasama ini akan membolehkan mereka untuk memiliki ekuiti dalam penguasaan kandungan Melayu dengan aspirasi serantau serata mempelbagaikan perniagaan baru seterusnya memacu inovasi digital.

IKLAN

Kini, industri di rantau Nusantara menguasai pasaran dengan mencatatkan nilai RM48 bilion, yang mana menjadikan vernacular teampatan dan kandungan IP dari neagara-negara ASEAN sebagai sebuah kandungan permiun yang baru.

Pihak Astro dan karangkraf juga berharap agar kerjasama ini akan saling melengkapi kekuatan masing-masing dalam menghasilkan sejumlah kandungan IP yang berkualiti serta pada masa yang sama memupuk budaya inovasi dan memiliki nilai yang tinggi bagi tujuan pengedaran untuk memenuhi kehendak industri yang semakin meningkat.

IKLAN

Kerjasama di antara Astro dan Karangkraf adalah selaras dengan strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang mempunayi daya tarikan serantau dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di ASEAN.

Terkini, Astro telah menguasai sebanyak 71% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia, merangkumi 21 juta individu di semua platform paparan, dirumah secara langsung dan di aplikasi mudah alih ataupun on demand manakala karangkraf pula memiliki 15 juta pembaca merentasi penerbitan bercetak dan asset digital mereka.

Karangkraf Dan Astro Jalin Kerjasama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI