Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah Shea Rasol, seorang blogger dan pengacara program TV yang telah dijemput Pencipta pada bulan ini.

Arwah antara orang-orang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

Kapsyen Terakhir Shea Rasol Buat Ramai Orang Sebak

Kapsyen yang terakhir Shea Rasol membuat ramai sebak dengan pemergiannya. 

“I just cannot wait for Ramadan.Ya Allah tolong lah faham” 

Kapsyen Terakhir Shea Rasol Buat Ramai Orang Sebak

IKLAN

Sebut sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya.Namun, bagi peminat fesyen Muslimah, gadis ini merupakan idola terkenal yang sentiasa memberi inspirasi kepada wanita-wanita berhijab yang lain.

Bagaimanapun, semalam media sosial tanah air menerima khabar sedih apabila Shea, 29, dilaporkan telah meninggal dunia, pada petang Jumaat, akibat kanser.

Penulis blog dan pengacara program SIS difahamkan baru sahaja mengetahui penyakit yang dialami.

IKLAN

Jenazah telah disembahyangkan di  Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor kira-kira jam pukul 9 pagi ini dan akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Berita pemergian Arwah Shea turut ditangisi ramai rakannya yang merupakan selebriti dan instafamous terkenal termasuk Heliza Helmi, Yuna, Farah Lee, Dena Bahrin, Irine Nadia, Zafirah, Dian Pelangi dan ramai lagi.

IKLAN

Heliza Helmi meluahkan kata-katanya :

“Wahai  Bidadari Syurga @shearasol , hari ini Ija rasa sesuatu.. Namun rasa itu Ija simpan dalam hati. Detik hati Ija, hari ni hari jumaat, Penghulu Segala Hari, dan bulan ini bulan Ramadhan, Bulan penuh keberkatan.

 

Sedang ija buat talk tengahari tadi, dapat 1 mesej keadaan Shea makin kritikal. Ya Allah, berilah yang paling terbaik buatnya

 

Dan baru sebentar tadi, Ija dapat berita yang Shea telah bertemu dengan pencipta yang Esa pada hari dan bulan cukup mulia….

 

Shea, ingat tak kita pernah berbicara tentang “Hari Sana”?…

 

Sheaaaa Ija rindu Shea

 

Kawan mungkin ramai, nak cari sahabat Qarib mungkin mencabar. @shearasol

 

Shea, masih Ija ingat shea mesej Ija, bagitau yang Shea sakit tapi tak tahu sakit apa. Shea minta amalan dan doa doa

 

Tak lama kemudian Shea bagitau yang Shea kena cancer

 

Kemudian Shea mesej Shea bagitau Shea sayang Ija dan keluarga sangat sangat dan Shea minta maaf kalau ada salah dan silap

 

Dan sekarang Shea dah selesai urusanmu di dunia, hanya menunggu Syurga tempat tinggalmuShea, @bellayunus ingat tak masih awal awal kita start shooting untuk @sistv9 , kita duduk kat meja sambil cerita pasal Syurga, pasal akhirat, pasal nak jadi lebih baik, pasal nak sama sama masuk Syurga, tentang bersahabat kerana ALLAH?

 

Masa kita berbincang tentang itu Shea menitis air mata.. Sungguh suci hatimu.. Shea tak pernah buat sesiapa terasa pun, shea always tersenyum

 

Shea kata Shefa tak sabar nak jumpa Ramadhan, rasa membuak buak! Rupanya ALLAH tak sabar nak jumpa Shea!

 

Ya Allah, Allah angkat darjat SHEA! MasyaAllah hebatnya pengakhiran Shea. Bulan Mulia Hari Mulia. Shea, please kalau tak jumpa Ija, cari Ija ya bawak Ija masuk Syurga kerana ALLAH ye

 

Shea, kita sahabat kerana ALLAH, sayang SHea kerana Allah. Kita jumpa nanti ye 

 

Shea, Ija Rindu.! Wallahi….Wallahi”

Mereka turut mengucapkan takziah menerusi posting laman Instagram masing-masing sehingga berita tersebut menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.

Semoga Shea atau nama sebenarnya, Farah Syahirah Rasol ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI