Nampaknya isu seorang kanank-kanak bercuti ke Bali menjadi satu topik hangat di media sosial.

Puas MH fikir apa yang menjadi masalah hingga ia hangat diperkatakan, rupa-rupanya mana tidaknya, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu nekad meninggalkan negaranya semata-mata ingin membawa diri yang merajuk daripada ibu dan bapanya ke Bali tanpa ditemani oleh ibu bapanya.

Namun persoalannya bagaimana kanak-kanak ini boleh survive? Ini kisah sebenar…

Beberapa hari yang lalu polis Australia telah mengendalikan sebuah kes di mana seorang kanak-kanak telah menaiki pesawat tanda ditemani oleh sesiapa ke sebuah pulau yang terletak di Indonesia iaitu Bali.

IKLAN

Mereka mendapati kanak-kanak lelaki itu telah menginap di sebuah resort di kawasan berkenaan selama empat hari, menyewa skuter, minum bir dan sebagainya dengan hanya menggunakan sekeping kad kredit yang dipercayai milik ibunya.

Menerusi agensi AFP, kanak-kanak berkenaan sebenarnya berasal dari Sydney dan membawa diri selepas bergaduh dengan ibunya.

Percutian rahsia itu telah menelan kos pembelanjaan sebanyak A$8,00 (RM23,760).

IKLAN

Ibu kanak-kanak berkenaan menyedari tentang ‘kehilangan’ anaknya itu apabila salah seorang rakan mereka memberitahu ternampak anaknya memuat naik sebuah video dengan menggunakan tagging lokasi di media sosialnya.

Pihak Polis Australia telah mendapat notifikasi tentang percubaan kanak-kanak ke luar negara pada 8 Mac lalu, mendapat petunjuk dia berada di sana pada 17 Mac.

IKLAN

Pada hari berikutnya dia telah dijumpai oleh pihak polis indonesia dan di bawa pulang oleh ibu bapanya yang turut ‘turun padang’ ke bali untuk menjemputnya.

Fuhhhhh! Macam-macam betul lah budak-budak nowdays! Yang peliknya bagaimanalah kanak-kanak ini boleh lepas tanpa peneman!

https://www.facebook.com/ACurrentAffair9/videos/1519715628134809/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI