Timbul satu kontroversi beberapa hari lalu dan mengaitkan penyanyi yang lahir daripada program realiti, Shahir AF dengan seorang pramugari.

Kontroversi itu timbul setelah beberapa keping gambar perkongsian pramugari yang dikenali dengan nama Mona Syamimi Samsudin bersama Shahir yang kelihatan mesra tular di media sosial.

‘Kami Kerap Juga Keluar Berdua’- Mona

‘Kami Kerap Juga Keluar Berdua’- Mona

IKLAN

Tularnya gambar itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya adakah pramugari tersebut merupakan kekasih kepada Shahir? Sedangkan sebelum ini kita sering mendengar bahawa Shahir dikatakan bercinta dengan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira.

Rentetan daripada hal itu, Shahir tampil untuk menafikan yang Mona bukanlah teman wanitanya namun dia hanya menganggap Mona sebagai seorang peminatnya sahaja.

Selepas Shahir tampil memberi penjelasan tentang hal ini, kini giliran Mona pula untuk tampil menjelaskan perkara ini.

IKLAN

Mona memberitahu kepada satu sumber, bahawa dia bukanlah peminat atau penyokong seperti yang didakwa oleh Shahir.

“Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,” katanya kepada Mstar Online.

Pramugari ini berkata lagi, dia mengenali Shahir menerusi aplikasi Instagram dan mula rapat sejak sebulan yang lalu.

IKLAN

“Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar,” jelasnya.

Kata Mona lagi, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal ini dan mahu mahu Shahir sendiri yang menjelaskan tentang hubungan mereka.

“Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah,” ujar pramugari ini.

Dalam pada itu, Mona juga mengakui tahu tentang hubungan antara Shahir dengan Erra namun tidak seperti yang dilaporkan oleh media.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI