Isu Persatuan Seniman nampaknya semakin hangat selepas pelakon wanita, Tiz Zaqyah mengeluarkan pendapat serta persoalan tentang persatuan tersebut minggu lalu.

Semalam, seorang pelakon, Syazwan Zulkifly telah membuat satu perkongsian menerusi akaun Instagram yang sepertinya mahu ditujukan kepada presiden persatuan tersebut, Zed Zaidi.

Pada gambar yang dikongsi oleh pelakon ini, menunjukkan satu kenyataan yang di screenshot oleh Syazwan dan dia telah membulatkan satu perenggan ayat.

“Zed mengambil contoh pihaknya berjaya menyelesaikan masalah Syazwan yang nyaris disaman oleh sebuah syarikat produksi sebelum ini selepas Seniman menjadi orang tengah,” tulis perenggan yang dibulatkan.

IKLAN

Manakala di ruangan kapsyen pula Syazwan telah mengatakan bahawa jika presiden persatuan berkenaan tidak membuat kerja jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

“kalau tak buat kerja jgn main cakap je..untuk pengetahuan En presiden,saya dah bayar dah saman tu,di temani director @yophitlerzami .Macam mana En President boleh buat statement ni..and utk pengetahuan En President kes ni dua tahun lepas,dan orang En president baru je tanya kes ni apa cerita dekat saya masa DFKL 2017 baru ni..nampak sangat tak tahu apa .2 tahun baru nak tanya apa kes?orang dah bayar dah bro ..Cheh..sembang..,” tulis Syazwan.

Nampaknya makin banyak masalah yang timbul antara ahli persatuan dengan presiden persatuan ini.

Rata-rata pengikut Syazwan juga turut tidak ketinggalan mengeluarkan pendapat masing-masing di ruang komen.

IKLAN

4indyeana: @syazwanzulkifly keep strong. Zed tu memekak isu murah je. Fungsi dia tak nampak

sofeaaaemanii: Memang sengaja cari pasal je memanjang En Presiden ni

IKLAN

elmira_eshriq: Semoga dengan keluarnya statement u mcm ni akan buat mereka lebih berhati hati bila nk menjawab di masa akan datang dan dpt berkhidmat dengan lebih baik tanpa birokrasi..

Diharapkan segala permasalahan yang sedang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Instagram Syazwan Zulkifly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI