Nampaknya niat Datuk Alif Syukri untuk bergurau dengan pengikut media sosialnya telah disalah erti.

Melalui sebuah video percutian bersama ahli keluarganya di Switzerland yang telah dimuat naik ke Instagram telah membuat ramai netizen terasa hati.

‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri

Menyindir sesetengah individu yang sering mengejeknya tentang rutin suka makan di tempat awam, Aliff dengan selamba menunjukkan cincin emas empat karat dan jam tangan rolex yang baru dibelinya.

IKLAN

“Saya tengah makan, masakan saya dari rumah. Isteri saya yang masakkan. Tengok ni siap ada ‘sia’ bagai. Yang penting kita dekat kota Switzerland.

 

“Tak apalah korang kutuklah aku nak makan di mana, yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam tangan rolex baru beli ni. Kutuklah selagi mampu. Kita makan dulu.

 

“Korang yang kutuk-kutuk tu ada jam tangan Rolex tak? Tak ada kan? So kalau tak ada jangan kutuk,” katanya sambil menceduk lauk ke pinggan.

Namun, Aliff segera menghentikan kata-katanya itu dan berkata dia hanya bergurau.

IKLAN

Terasa dengan gurauan Aliff yang agak ‘pedas’ dan ‘panas’ ramai netizen agak tidak puas hati dengan kata-katanya itu lalu meluahkan rasa kekecewaan mereka di dalam posting tersebut.

IKLAN

‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri ‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri ‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri ‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri ‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri ‘Kalau Tak Ada Rolex Jangan Kutuk’ – Datuk Aliff Syukri

Walaupun ada yang terasa dengan gurauan ini. Kebanyakan followersnya tetap menyokong dan memberi kata semangat pada Abang Kosmetik ini.

Bagi MH Online senang, Datuk memang seorang yang suka bergurau seperti ini, tiada masalah. Cuma siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya. Tak begitu?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI