Penyanyi cantik yang merupakan anak saudara kepada ratu rock Malaysia Ella, Kaka Azraff mengakui dirinya kini sedang berkawan rapat dengan seseorang.

Menurut sumber dari sebuah portal, Kaka kini sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak dua tahun lalu namun begitu Kaka berkata dia tidak mahu terlalu cepat untuk berbicara soal jodoh.

‘Kalau Saya Berumah Tangga Bagaimana Dengan Keluarga?’ – Kaka Azraff

IKLAN

“Saya tidak mahu bercakap mengenai soal jodoh kerana perkenalan ini pun masih terlalu baru. Apa yang saya boleh katakan, memang kami berkawan rapat dan dia (Mr N) saja (lelaki istimewa) yang saya kenali ketika ini,” kata penyanyi ini.

Kaka berkata lagi, di usianya sekarang ini memang dia ada terfikir untuk melayari alam rumah tangga namun Kaka dan ahli perniagaan tersebut masih belum berbincang tentang soal itu.

Menurut Kaka lagi, keluarganya turut menyuarakan hasrat untuk melihat Kaka mendirikan rumah tangga.

IKLAN

“Dia (Mr N) belum cakap apa-apa mengenai perkara ini dan saya juga enggan bercakap lebih-lebih, takut dikatakan syok sendiri. Apapun, alhamdulillah perhubungan kami baik dan diterima keluarga.

 

“Saya pula bukanlah tidak memikirkan soal jodoh kerana kerja, sebaliknya mungkin atas faktor komitmen saya pada famili. 

 

“Memanglah mereka tidak menghalang untuk saya berkahwin, cuma saya ada terfikir, kalau saya berumah tangga kelak, bagaimana dengan keluarga?,” ujarnya lagi.

‘Kalau Saya Berumah Tangga Bagaimana Dengan Keluarga?’ – Kaka Azraff

Penyanyi ini berkata lagi, dia merupakan harapan kepada keluarganya dan disebabkan itu, Kaka berasa agak berat untuk melepaskan tanggungjawab tersebut.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia tidak takut untuk memikul tanggung jawab sebagi seorang isteri cuma masanya masih belum tiba lagi.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI