Tidak dinafikan, penglibatan  Amira Othman dalam dunia lakonan memberi seribu satu reaksi tersendiri di kalangan penonton. Ada yang menyokong dan tidak kurang yang memberi maklum balas negatif terhadap kualiti lakonannya.

Bercakap kepada Media Hiburan mengenai perkara tersebut, Amira yang sinonim menerusi single Hati-Hati menjelaskan, keputusannya untuk mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan aktor senior, Que Haidar sedikit masa dulu menjadi satu inisiatif terbaik buatnya untuk mengutip ilmu dan pengalaman dalam lakonan.

“Kalau Orang Tidak Kritik, Kita Tak Akan Tahu Mana Silap Kita…” – Amira Othman

IKLAN

Katanya lagi, selain mahu mengasah bakat, ilmu lakonan yang diterimanya boleh dianggap sebagai satu persediaan di masa depan

“Saya sendiri masih lagi baru dalam seni, khasnya dalam lakonan. Jadi bila ambil kelas lakonan, saya rasa lebih selesa. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, mungkin ilmu itu belum cukup. Bagaimanapun, sekarang sudah ada pelakon senior yang saya boleh jadikan paduan dan boleh aplikasikan apa yang telah diajar,insya-ALLAH,” akui Amira jujur.

Sementara itu, Amira turut berkesempatan mengambil kelas vokal memandangkan keutamaannya kini dalam industri dalam dalam nyanyian.

IKLAN

“Kalau Orang Tidak Kritik, Kita Tak Akan Tahu Mana Silap Kita…” – Amira Othman

IKLAN

“Benar, meski saya kini macam sibuk di set penggambaran, keutamaan saya masih lagi pada nyanyian. Itulah cinta pertama yang tidak akan padam sampai bila-bila. Cuma lakonan saya anggap sebagai satu cabang seni baru yang cukup seronok untuk diteroka. Sebab itulah, selepas drama Abang Bomba I Love You, saya agak senyap daripada menerima sebarang tawaran sebab saya belum ada keberanian untuk beraksi di depan lensa lagi pada waktu tersebut.

 

“Cuma bila sudah mengambil kelas lakonan, ngam-ngam dapat pula tawaran drama Red Velvet. Itulah yang dinamakan rezeki dan saya terimanya dengan hati terbuka,” jelas Amira yang tidak kisah mengenai pandangan sinis sesetengah netizen yang menganggap penglibatannya dalam dunia lakonan hanyalah sekadar ‘menempel’.

 

“Sejujurnya saya tidak kisah kalau ada yang memberikan pandangan sedemikian sebab saya sedar, saya masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki. Saya anggap setiap kritikan sebagai panduan untuk saya belajar dan cuba jadi lebih baik. Kalau orang tidak kritik, kita tak akan tahu mana silap kita yang telah dilakukan.

 

“Saya ambil kelas lakonan pun demi kepuasan untuk mencabar diri sendiri bila di set penggambaran. Terima kasih juga buat peminat yang turut sama mengikuti perkembangan seni saya,” luahnya positif.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI