Nampaknya kontroversi video tular individu yang tayang aset di media sosial telah mendapat perhatian pengarah dan penerbit, Michael Ang.

Michael telah membuat satu video live di Instagram dan berkomunikasi bersama peminat sambil bersembang mengenai isu hangat ini.

Dalam video livenya, Michael berkata dirinya tidaklah sebaik mana pun namun dia tidak bodoh untuk menari sambil menayang bahagian sulit badan kepada orang ramai.

“Tak faham aku, lepas tu berlakon taknak pegang tangan lepas tu buat video tunjuk….,” ujar Michael yang bingung dengan kelakuan individu yang dikatakan pelakon wanita, Fathia Latiff.

Pengarah ini juga menyatakan kalau benar individu tersebut adalah Fathia, dia berkata Fathia seperti tidak ada kerja lain untuk dilakukan.

IKLAN

“Kalau betul tu Fathia Latiff, memang bodoh la si Fathia Latiff tu memang tak ada kerja lain ke? Nampak sangat dia tak ada kerja lain kalau dia buat video tu,” ujarnya lagi yang tidak pasti sama ada individu tersebut adalah Fathia atau bukan.

Baca juga: ‘Please Don’t Fitnah Me’ – Fathia Latiff

Menerusi video live Michael ini juga dia turut menunjukkan semula video viral berkenaan dan  amat terkejut dengan video tersebut kerana sebelum ini dia hanya melihat video yang berdurasi pendek namun video yang dilihatnya kali ini adalah versi penuh.

“Eh kenapa video kau ni lagi panjang daripada yang aku tengok semalam? aku tengok sikit je,” ujarnya lagi kepada rakannya dalam nada yang terkejut.

Di penghujung video live Michael itu dia menyatakan bahawa individu yang dia kenali dalam video tersebut adalah pelakon baru, Natasha Elyzza dan Fathia Latiff namun lagi seorang individu tidak pula dia kenali.

IKLAN

Baca juga: ‘Terima Kasih, Awak Dah Betul-betul Rosakkan Hidup Saya’ – Natasha Elyzza

“Tak tahu la yang aku kenal dalam video tu Natasha Elyzza dengan Fathia, yang sorang lagi tu aku tak kenal siapa,” ujarnya lagi.

Apapun sejauh mana kebenaran individu yang dikatakan Fathia itu masih tidak dapat dipastikan.

IKLAN

Mari kita saksikan video live Michael Ang tersebut di bawah:

Sumber: Youtube Koleksi Faizdickie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI