Select Page
  • 3.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.2K
    Shares

Sudah menjadi kebiasaan, filem mega hit Bollywood pastinya memberi impak besar buat para peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Lagu, langkah tarian dan dialog mereka masih kekal diingati hingga kini, meski muncul filem baru yang silih berganti.

Kabhi Khushi Kabhi Ghum… (K3G) di antara filem ikonik Bollywood yang turut mencipta fenomena tersendiri di negara ini. Jom ikuti apa trivia menarik mengenai filem lakonan Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor dan Hrithik Roshan ini

Ditayangkan pada 2001, filem yang menelan belanja lebih 6 juta USD ini diarahkan oleh pengarah prolifik India, Karan Johar. Terdahulu, sutradara ini juga telah membina reputasi cemerlang menerusi filem debut arahannya seperti Kuch Kuch Hota Hai.

Menerusi Anugerah Filmfare, filem ini berjaya mengaut lima anugerah termasuk Pelakon Filem Wanita Terbaik dan keuntungan K3G di seluruh dunia di anggarkan lebih 20 juta USD.

Menjadi antara filem Bollywood yang paling mahal pembikinannya, K3G khabarnya turut mempelawa aktres, Aishwarya Ria untuk turut sama berlakon di dalam filem berkenaan.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Amitabh dan Jaya Bachchan bergandingan kembali untuk filem ini selepas 20 tahun. Kali terakhir mereka berlakon sama adalah menerusi filem Silsila yang ditayangkan pada 1981.

Difahamkan, Abishek Bachchan turut melakukan cameo untuk filem berkenaan, namun pada peringkat akhir suntingan, aktor itu meminta untuk wataknya ditiadakan. Bagaimanapun punya tidak diketahui.

Ketika penggambaran untuk adegan nyanyian lagu Bole Chudiyan, pengarahnya telah pengsan kerana mengalami masalah diherdrasi. Lalu, dia mengarahkan adegan tersebut hanya dengan menggunakan walkie-talkie.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: