Baru-baru ini trending di Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, satu video,seorang peminat melempar botol ke arah penyanyi terkenal Hollywood,Justin Bieber.

 

Bieber telah mengecewakan peminatnya apabila enggan menyanyikan lagu Despacito kerana tidak menghafal lirik bahasa Sepanyol ketika mengadakan persembahan secara langsung di festival Sumberbust di Stockholm Sabtu lalu.

“Saya tidak dapat menyanyikan lagu itu dengan spesifik kerana saya tidak tahu kesemua liriknya. 


“Maaf kerana saya tidak boleh melakukannya di atas pentas ini seorang diri,” jelas Bieber kepada peminatnya.

Ketika Bieber cuba menjelaskan alasannya yang enggan menyanyikan lagu Despacito, tiba-tiba seorang peminat melempar botol ke arahnya.Insiden ini juga pernah terjadi kepada Bieber pada tahun 2010 ketika persembahan secara langsung.

Sejurus itu sebiji botol melayang dari arah penonton dan hampir-hampir terkena wajah Bieber. Mujur, dia sempat mengelak. Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang berani melempar botol tersebut.Insiden itu sempat dirakamkan menerusi sebuah video.

IKLAN

Ada juga peminat yang mengakui kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Bieber dan berkata dia sepatutnya dapat memenuhi permintaan peminat dengan menyanyikan lagu itu.

IKLAN

“Lebih baik jangan menyanyi live jika tidak menghafal lirik, kamu betul-betul membuatkan kami kecewa,” kata peminat yang hadir ke konsert live tersebut.


Bieber dikatakan tidak mahu mengulangi kesalahan untuk kedua kalinya kerana pernah terlupa lirik ketika menyanyikan lagu itu sebelum ini.

Sebaliknya dia menggantikan lirik itu dengan perkataan, “Blah Blah Blah”. Momen tersebut menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dan peminat muzik Latin.

IKLAN

Sementara itu laporan Metro, Bieber memecahkan rekod The Beatles dengan dua lagu barunya yang menduduki tiga teratas di tangga carta Billboard selama 13 minggu. Dua lagu tersebut adalah Despacito dan I’m the One

 

Sumber : You tube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI