Select Page
  • 540
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    540
    Shares

Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim baru sahaja mengadakan majlis hi-tea bersama stokis Deeja Cosmetics terpilih pada Ahad lalu. Majlis yang bermula sekitar jam 3.00 petang di Talent Lounge, Damansara itu turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Mengakui gembira dengan perkembangan jenama berkenaan yang sudah pun berusia tiga tahun, penyanyi lagu Seikhlas Hati itu turut menyambut baik sokongan pengguna dan rakan media yang selama ini tidak putus-putus menyokong perkembangannya, baik dalam sisi seni dan bisnes.

“Alhamdulillah andai sebelum ini kami ada juga anjurkan majlis seumpamanya di luar Kuala Lumpur, jadi pada tahun ini kami sengaja mahu sesi pertemuan ini dilakukan di sini kerana aksesnya yang lebih mudah selain ia adalah singnal kepada perkembangan baik Deeja Cosmetics itu sendiri.

 

Terima kasih pada yang hadir,” kongsi Sherry yang pernah ke Sabah dan Sarawak bagi bertemu dengan para pelangannya di sana.

Bakal mengembangkan bisnes tersebut di Indonesia tahun ini, Sherry turut mengakui fokusnya kepada perniagaan sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada kerjaya lakonannya.

“Bukan mahu bersama pun. Malah sebelum ini saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama Syurga Yang Kedua. Cuma buat masa sekarang, saya tidak ambil mana-mana tawaran lakonan bagi memberi tumpuan kepada bisnes. Saya perlu fokus dan seimbangkan jadual. Melainkan kalau ada ‘break’, barulah saya boleh pertimbangkan tawaran lakonan,” jelasnya kepada MH. 

Bagaimanapun, Sherry turut memberitahu dia masih sayangkan dunia lakonan dan terbaru, dia turut mencari material terkini untuk single seterusnya.

“Saya ada juga minta lagu daripada beberapa komposer yang terdiri daripada mereka baru dan senior. Cumanya saya mahu single ni lebih segar dan berentak pop. Sebab kalau nak diikutkan, lagu Seikhlasnya Cintamu sudah lama. Jadi mahu suatu lagu baru yang mengikut trend,” terangnya.

Ditanya mengenai ruang hati yang kini khabarnya sudah pun terisi, bintang berusia 35 tahun ini tidak menafikan sedang mengenali seseorang, namun belum bersedia untuk mendedahkan siapakah lelaki tersebut kepada umum.

“Belum bersedia lagi untuk ke fasa lebih serius kerana masih mengenali. Setakat ini alhamdulillah. Jodoh itu rahsia Allah. Cuma kalau nak kahwin saya akan beritahu semua. Perkara yang baik kan… jadi saya kena kongsi,” akhiri Sherry positif. Sedutan sekitar majlis berkenaan turut boleh ditonton menerusi FB Live MH.

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Min akui, Sherry ni ialah antara pelakon yang boleh menyanyi. Sedap suara dia!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 15 April 2018

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: