Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kelmarin kita telah digemparkan dengan berita kematian seorang pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas dipercayai mengalami kecederaan akibat perbuatan dera.

 

Suasana hiba di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

 

Jenazah Zulfarhan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor malam semalam.

Allahyarham telah tiba bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira jam 8.45 malam dan telah di sembahyangkan di Masjid Kampung Kurnia sebelum di bawa ke tanah perkuburan.

Lebih daripada 100 ahli keluarga dan kenalan Allahyarham telah hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah Zulfarhan malam tadi.

Terdahulu, Allahyarham merupakan seorang mahasiswa kejuruteraan elektrik tahun ketiga di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Arwah dipercayai telah didera oleh rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur pada bahagian dada, tangan dan kakinya.

 

Bapa arwah Zulfarhan, Zulkarnain tenang ketika ditemui pemberita.

 

Rentetan daripada kes ini, 36 penuntut daripada dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah direman oleh pihak polis bagi membantu kes kematian Zulfarhan.

Mahkaman Majistret telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam selepas arwah Zulfarhan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam di Hospital Serdang, kelmarin.

Berita pemergian arwah Zulfarhan ini juga mendapat perhatian daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dalam status twitternya yang meluahkan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

 

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

Kami di MH Online mendoakan agar roh arwah Zulfarhan dicucuri rahmat dan semoga arwah tenang di sana. 

Sumber: Sinar Harian Online

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "