Takziah diucapkan kepada penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru kehilangan anaknya, Muhammad Syahid Bazli Hazwani pagi tadi.

Anak Bazli, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Syahid telah dimandikan di surau berdekatan Hospital Besar Kuala Lumpur dan jenazah dikafankan dan juga telah dibawa ke Masjid Jamiul Ehsan, Kampung kubu Gajah Sungai Buloh untuk disembahyangkan dan kemudiannya di bawa ke tanah perkuburuan berhampiran.

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

IKLAN

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Jenazah Syahid Selamat Dikebumikan

Sesungguhinya kami  adalah milik ALLAh dan Kepada-Nya kami kembali,engkau adalah bintang syurga bagi kedua ibu bapamu,Allah lebih menyayangimu disisi Nya.

Jenazah Muhammad Syahid telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Kubu Gajah,Sungai Buloh. Kesemua ahli keluarga dan sahabat-sahabat telah berada di Tanah Perkuburan untuk pengkebumian adik Muhammad Syahid. Damailah adik di alam sana. Semoga kamu berbahagia di sana InshaAllah.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BVBvmFDBIWL/?taken-by=bismillahadduha

Turut bersama menunaikan solat jenazah dan pengebumian anak syurga ini,Fakhrul UNIC, Najdi UNIC, Ustaz Ahmadini Juri,Ustaz Farihin Abdul Fattah dan Achey Bocey

Terdahulu, Syahid merupakan salah seorang kanak-kanak autisme yang lahir pada 27 Oktober 2013.

Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.Setelah mengalami proses diagnosis, anak kecil ini disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.

IKLAN

Sungguh besar ujian buatmu pada hari ini. InshaAllah setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang besar khususnya buat keluargamu.

MH Online mengucapkan salam takziah kepada Bazli UNIC dan seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.


Al Fatihah.

Sumber ; instagram bismillahadduha

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI