Pelakon yang kian meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Janna Nick memberitahu  pada satu sumber yang dia rindu untuk belajar semula. 

Janna berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi harus melupakan sebentar hasratnya itu kerana sibuk dengan karier sebagai seorang pelakon.

Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

“Sejujurnya, jika ditanya apa yang saya paling rindukan, perkara tersebut adalah peluang untuk bergelar seorang pelajar semula.

 

“Namun begitu, buat masa sekarang, masa tidak mengizinkan saya untuk belajar kerana sibuk dengan kerja,” ujar Janna kepada Astro Gempak.

Menurut Janna lagi, jika boleh dia inginkan satu kursus yang fleksibel bagi membolehkan dirinya  membahagikan masa di antara kerjaya dan pelajaran.

Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

IKLAN

“Rasanya tak mustahil untuk saya cuba dan kalau boleh saya mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan kerana saya memang minat untuk berniaga,” katanya.

Kata sumber lagi, Janna kini memiliki sijil pengajian asasi di dalam bidang pengurusan perniagaan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Semangat seperti Janna ini harus diterapkan dan dijadikan contoh kepada semua anak muda. Sesungguhnya pelajaran itu amat penting untuk setiap individu bagi menambahkan lagi ilmu di dada dan dengan ilmu itu juga pasti masa hadapan kita akan lebih terjamin.

IKLAN

Semoga hasrat Janna untuk menyambung pelajarannya menjadi kenyataan dan dipermudahkan.

Janna Nick Rindu Untuk Bergelar Pelajar

IKLAN

Sedikit info tentang Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, dia dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Jun 1995.

Merupakan anak kedua di dalam adik beradik dan mempunyai darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

Karier Janna di dalam industri bermula sejak tahun 2012 lagi namun namanya mula dikenali selepas lakonannya di dalam drama bertajuk Syurga Nur yang menjadikannya watak utama sebagai heroin drama tersebut.

Sumber: Astro Gempak.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI