Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah binti Muner, 21, mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan.  Sebelum bergelar artis dahulu Janna Nick berniaga di bazar Ramadan Sri Gombak. Selama tiga tahun Janna sekeluarga berniaga di sana menjual cendol, buah Melaka dan kuih lopes.

“Saya memang dari kecil lagi sudah terbiasa berniaga di bazar Ramadan dan masa darjah 3, kami pernah menjual di Greenwood.Lagipun,seronok sebenarnya berniaga sepanjang bulan Ramadan sebab sibuk menjual rasa puasa itu jadi cepat dan sekejap sahaja. Cuma sejak jadi artis waktu untuk bersama keluarga agak terhad.

“Ibu pernah mengeluh namun memahami, saya keluar rumah untuk mencari rezeki. Masa kami terbatas kerana jadual kerja yang tidak menentu hingga ibu pernah memberitahu, dia terlalu rindukan saya. Ramadan ini saya ingin memperlahankan sedikit rentak dan menebus semula masa bersama keluarga.”

“Bukan hanya saya, barangkali semua orang ingin berkumpul bersama keluarga ketika bersahur dan berbuka. Ramadan hanya datang sekali dalam setahun, jadi saya ingin memanfaatkan fadilat bulan mulia itu sebaik mungkin. Sejak awal lagi, saya menolak tawaran berlakon pada bulan puasa,”katanya. 

Dunia perniagaan bukan bidang baru buat Janna yang pernah membuka restoran di Gombak, Selangor pada tahun lalu namun terpaksa ditutup disebabkan kesibukannya dengan dunia lakonan, selain berdepan beberapa masalah hingga menjejaskan operasi.

Janna Nick juga berkongsi petua memasak yang boleh dikongsi bersama peminat mengenai masakan.

IKLAN

“Kalau masuk ke dapur biasanya saya akan sediakan makanan yang orang hendak makan seperti nasi lemak, nasi goreng dan kari ayam.Sesetengah orang wajib letak garam dalam masakan tapi saya lebih suka letak gula .Tak kiralah apa jenis masakan pun”

Janna Nick Pernah Jual Cendol Di Bulan Ramadan

IKLAN

 

IKLAN

Sumber : Majalah Nona Jun 2017

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI