Drama Korea Coffee Prince kira-kira 10 tahun dahulu memang meletup di Malaysia. Drama lakonan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye ini telah menjadi kegilaan ramai ketika itu.

Baru-baru ini, pengarah popular, Michael Ang telah mengumumkan bakal mengarahkan drama remake Coffee Prince versi Malaysia.

Drama ini akan dibuat sebanyak 28 episod dan Janna bakal memasuki set penggambaraan bermula 3 0gos dan akan ditayangkan sekitar November 2017.

Apa yang menjadi istimewa drama ini ialah apabila pelakon, Janna Nick mengorbankan rambutnya demi tuntutan watak yang bakal dijayakan dalam drama bersiri Coffee Prince.

Janna Nick Menyamar Jadi Lelaki?

IKLAN

Janna Nick Menyamar Jadi Lelaki?

Janna juga turut memuat naik fotonya di salon rambut dengan menulis kapsyen, Bye.. dan meletakkan emoji gunting.

IKLAN

Janna Nick Menyamar Jadi Lelaki?

“Saya memang sudah bersedia untuk memotong rambut pendek ala ‘boy cut’ demi tuntutan watak dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia. Hasilnya sangat berbeza berbanding potongan rambut sebelum ini.

 

“Ini merupakan potongan ala ‘boy cut’ yang paling pendek pernah saya lakukan sepanjang hidup saya. Sebelum ini memang saya sering memotong rambut pendek, sependek ini pun ada, tetapi potongan tersebut masih menonjolkan ciri-ciri comel serta menyelitkan sisi kewanitaan,” katanya.

Karakter dalam drama bersiri Coffee Prince memerlukan Janna untuk menjayakan watak seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki.

IKLAN

Tambah Janna, dia ingin jayakan setiap watak yang diberi sebab itulah dia melakukan gaya rambut berbeza.

Sumber : Astro Gempak

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI