Heroin drama rantaian My Coffee Prince, Janna Nick mengakui setakat ini, dia belum terfikir untuk melakukan sebarang gimik yang ‘aneh-aneh’ bagi mempromosikan sebarang produk seni yang dihasilkannya.

Pemilik nama lengkap, Nurul Jannah Muner bepandangan, dia lebih selesa untuk rasa yakin terhadap produk sendiri daripada menggunakan kuasa viral yang digunakan sesetengah selebriti bagi tujuan melariskan naskhah.

Janna Nick Belum Terfikir Mahu Cipta Gimik Demi Melariskan Produk!

IKLAN

“Sejak awal saya terlibat dalam seni, saya percaya kalau hasilkan sesebuah produk dengan baik, pasti tuah itu akan datang sendiri. Lain artis lain pandangannya.Cuma bagi saya, setakat ini, saya tidak perlukan gimik sebagai salah satu alternatif untuk melariskan produk, sama ada untuk lagu atau pun drama.

 

“Kalau hasilkan sesuatu yang baik, ia secara secara tidak langsung akan ada demand, jadi perminataan ramai,” kata selebriti berusia 22 tahun ini. Tambahan pula saya memang tidak biasa dengan hal-hal viral ini sebab kalau tidak, sudah tentulah dari awal-awal lagi saya sudah buat sesuatu demi menaikkan nama.

 

“Pada masa sama, saya juga yakin peminat saya terutamanya di laman sosial. Mereka merupakan peminat sejati yang sentiasa sokong perjalanan seni saya, dari awal sehinggalah sekarang.

 

“Terima kasih atas sokongan mereka,” katanya ketika ditemui MH di majlis pelancaran single terkininya berjudul Akan Bercinta cipta Aepul Roza di Neway One Utama, Bandar Utama, baru-baru ini.

Untuk rekod, single tersebut juga merupakan salah satu lagu tema untuk drama My Coffee Prince yang turut dijayakan pelakon popular, Fattah Amin. Tidak sampai seminggu muzik video lagu tersebut dimuat naik di laman YouTube, ia sudah pun ditonton hampir 400,000 tontonan.

IKLAN

Berkongsi mengenai pembikinan muzik video Akan Bercinta yang dilakukan di Italy beberapa bulan lalu, ia merupakan hasil garapan penuh Janna sendiri yang mengakui sudah lama menanam impian untuk mengarah produk lakonan sendiri.

IKLAN

“Kiranya impian sudah menjadi nyata. Meski ia tidaklah sempurna seratus peratus memandangkan ini adalah hasil pengarahan pertama, tetapi saya puas kerana sudah lama idam mahu arahkan lakonan sendiri. Ya, ini adalah antara percubaan untuk memulakan langkah di arena pengarahan,” akhiri Janna yang turut mempunyai sebuah lagi single duet bersama Alvin Chong yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI